Resepi turun temurun | Kacang Mazola Mudah dan Sedap!

by - 21:32:00

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Harini merupakan ramadhan yang ke 20 kan? Alhamdulilah. Cepat je kan masa berlalu dah nak habis dah bulan yang mulia ni. Cepat sangat berjalan sehingga feel untuk raya tu belum ada. Tapi kita mesti raikan juga hari raya aidilfitri ni kan? Jadi, harini Aisyhah buat biskut kacang mazola yang enak dimakan dan ianya merupakan resepi turun temurun dari nenek, tok dan sehingga lah ayah sekarang mengemarinya. Alhamdulilah Aisyhah dapat belajar daripada mak dan harini Aisyhah terdetik untuk share juga pada yang membaca.

Resepi kacang mazola ni sangat mudah. Bahan pun mudah untuk dicari dan bajet pun tak mahal. Yang pasti enak dimakan kepada yang pengemar kacang. Cuba dulu tengok ketagih ke tidak kan?

Bahan - Bahan yang diperlukan : 

1 Bungkus Tepung Gandum (1kg)
5 Cawan Kacang Tanah - Digoreng dahulu
3 Cawan Gula Halus
Minyak Masak/Minyak Mazola

Telur kuning untuk salut di atas biskut.

Cara- caranya :

1. Korang gorengkan kacang tanah di dalam kuali tanpa minyak. Goreng sehingga garing tau sebab nanti biskut akan jadi lemau. Selepas siap, korang kena buang kulit dekat kacang tu macam gambar di bawah ye. Kalau dah siang buang kulit, korang boleh blend kan kacang ni guna pengisar kering tau untuk hancurkan kacang ni sebanyak 5 cawan.


2. Selepas tu, korang mix kan gula, tepung, kacang, dan minyak. Minyak tu actually korang agak-agak sehingga boleh bentukkan doh tu menjadi bulat-bulat comel. Aisyhah tak tekap dengan acuan sebab bulat-bulatkan pakai tangan ja. Adunan tu seakan gambar di bawah.


3. Dah settle adunan tu, korang sediakan kertas baking paper untuk letak di tray. Kalau takdak boleh sapu dengan mentega untuk elakkan melekat. Lepastu bulat-bulat kecil seperti gambar di bawah. Dah siap korang boleh sapu dengan telur kuning sahaja di atas biskut tu. Aisyhah bakar dengan suhu 150°C selama 20-25 minit. Selamat mencuba!!

Kacang mazola merupakan biskut lagend. Walau beli dekat kedai masih tak sama macam kita buat sendiri tau!!

You May Also Like

7 Comments

  1. siap dah kuih raya dia. hehe.

    ReplyDelete
  2. comel kejadiannyee bolat2.. saya buat juga ni sebab mak nye fevret..
    saya makan gitu2 saja.. tapi layan laa jugak. senang =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah resepi senang. ni biskut org lama lama hehe

      Delete
  3. Susah dah nak cari biskut ni sekarang. Dah lah sedap hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe yup sebab biskut org org lama suka mkn dedulu..

      Delete
  4. tahun ni pun kita buat juga mazola..cantiknya awk buat..hehe
    selamat hari raya btw

    ReplyDelete