Friday, 19 October 2018

Cara uruskan masa untuk student!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan selamat petang,

Kita selalu terburu-buru dalam mengejar masa tapi kita sering alpa kadang cara mengendalikannya adalah salah. Aku sendiri mengaku walaupun sekarang dah tahun 3 belajar pun masih kurang mahir dalam mengendalikan masa sendiri! Bila kita sendiri tak mampu untuk kendalikannya, secara langsung akan menyebabkan berlakunya bebanan kerja dan stress. 
“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran” (Surah Al-Asr,Ayat 1-3)
Haritu ada orang tanya, macam mana boleh kendalikan segalanya. Belajar dengan persatuan lagi. Konsep aku senang ja, belajar adalah my priority. Tipulah kalau tak sress, kalau tak sakit sebab banyak perkara nak difikirkan. Okay ini adalah antara tips aku buat.
  • Rancang Jadual Harian
  • Tetapkan had masa untuk sesuatu tugasan/aktiviti
  • Berehat
Rancang jadual harian, adalah sangat penting walaupun aku sendiri pun tak sistematik lagi. Aku akan notedkan segala meeting dan deadline di handfhone dan kalender yang DIY yang kita print sendiri tu. Aku sedar bahawa, pengurusan masa merupakan pengurusan kehidupan harian kita lagi lagi kita di gelar student. Aku percaya bahawa, berjaya mengurus masa bermakna kita berjaya untuk menguruskan kehidupan kita. Walaupun nampak sangat rumit, tapi ianya sangat membantu sekiranya kita mempunyai jadual yang lebih sistematik. Nak istiqomah bukan satu perkara yang mudah, tapi apa salahnya kita mencuba untuk buat.

Tetapkan had masa untuk sesuatu tugasan ataupun aktiviti. Aku percaya bahawa setiap antara kita ada sendiri komitmen dengan persatuan atau kelab atau kokurikulum dan sebagainya. Betul? Aku pun sendiri cuma melibatkan di universiti dengan kelab kelab untuk mengasah bakat softskill yang ada dan mencari pengalaman bekerja yang boleh digunakan pada masa hadapan. Jujur cakap, kita akan penat nak kejar dengan assignment dan persatuan. Tapi tanggungjawab sebagai student adalah belajar. Jadi untuk menjadi student yang produktif dan hebat kita kena pandai bahagi masa untuk kedua-duanya. Kita tak boleh nak melebihkan satu bahagian saja nanti penat nak pulun belajar! Yes, ini adalah cara aku, aku akan lebihkan study daripada kelab. Korang settle jelah cepat aktiviti atau kerja di kelab, selebihnya adalah belajar. Tadak sapa boleh ubah, selain kita. Hehehehe!

Berehat. Aku sangat sangat sangat mementingkan rehat. Sebab kita saja tau kekuatan diri kita. Aku hanya pegang, jangan terlalu kejar, nanti kau penat. So aku akan bagi badan rehat jugak! Buat macam mana pun bagi cukup tidur dan makan. Sebab ada masa lambat makan ke kan, perut kita masuk angin then boleh menyebabkan badan rasa tak selesa. Migraine atau pening kepala adalah perkara biasa bagi aku sekiranya aku ada banyak kerja dan terlalu fikir.

Harap tips yang sikit ni memberi anda untuk berubah menjadi mahasiswa yang hebat!

Lots of love ecahh,

Saturday, 22 September 2018

Setiap orang ada rezeki!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan selamat petang,

Ramai antara kita yang masih tak percaya rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T? Kalau percaya tak wujudlah perasaan hasad dengki sesama sendiri dan sebagainya. Hidup kita jangan pernah bandingkan kehidupan dengan orang lain kerana Allah memberi rezeki yang berbeza kepada setiap orang.

Setiap manusia rezeki tak sama, ada yang dapat kerja awal, ada yang dapat jodoh awal, ada yang dapat peluang untuk sambung belajaq, ada yang sentiasa murah rezeki dan sentiasa untung dan lain lain. 

Hasil carian imej untuk rezeki masing masing

Ada orang umurnya panjang tapi sepanjang hidup dia hanya berpeluang untuk hidup sederhana saja, sebab apa? Rezekinya adalah pada umur yang panjang yang mampu untuk melihat anak cucu sampai membesar, tengok perubahan zaman. Tu pun salah satu rezeki. Betul?

Ada orang hidupnya mewah tapi umur pendek sebab rezeki dia kurang untuk membuat dosa, mungkin jua hisabnya lebih ringan. Ada orang rezeki pada wang dan harta yang banyak, tapi hidup dia tak tenang atau terancam sebab kekayaan. Ada orang rezeki bisnes yang berjaya, tapi hidupnya sentiasa dalam kesibukkan.

Ada orang tinggal di kampung dan hidup secara sederhana, tapi rezekinya terletak pada ketenangan jiwa, bebas hutang dan sebagainya. Ada orang juga hidup yang sentiasa bersilih ganti dengan sakit. Tapi dengan sakit itulah yang akan membawa dia untuk sentiasa punya rezeki berdoa, beristighfar dan sebagainya.

Jelaskan bahawa, rezeki Allah bukan datang dengan satu cara atau one way. Kita perlu melihat dengan mata hati untuk menilai rezeki Allah itu sama rata yang mampu mengelakkan kita merasa kecewa dan hasad dengki. Cuma semua tu terletak pada kita untuk melihat rezeki yang berbeza, jika tengok positif maka hidup dalam aura positif dan sebaliknya.
Jom sama sama kita ubah mentaliti hidup kita!
Lots of love ecahh,