Resepi Paste Ayam dan Ikan Bakar Sedap!!

by - 20:57:00

Assalamualaikum dan selamat sejahtera! Salam ramadhan ke- 10!

Harini nak share resepi untuk buat paste yang sedap untuk ayam atau ikan bakar! Paste ni memang favourite kami satu keluarga. Memang tak boleh lawan paste yang mak buat! Terangkat beb.



Haritu ada buat paste lebih. So dapat lah bakar untuk dua kali menu. Bahan dia mudah ja. Korang agak agak je secukup rasa okeh. Btw, paling sedap dapat bakar guna sabut nyok (Kulit buah kelapa). Memang terangkat sedap dia daripada bakar guna dapur gas. Hehehehe!

Cara Ikan dipotong:

Ikan tu ikot lah korang nak pakai ikan apa. Macam gambar atas, tu ikan talapia. Ikan laut pon boleh. Pilihan di tangan anda. Ikan tu korang boleh belah tengah dan jangan buat sisit ikan tau. Sisit tu nanti korang bakar je sampai hitam pon, janji korang jaga bahagian isi tu ja jangan hangit. Ikan tu jangan lupa basuh dengan air asam jawa tau untuk hilangkan rasa hangir..Dah siap, korang perap ikan tu dengan kunyit dan garam.

Bahan untuk dikisar:

20 Tangkai Cili Kering
1 Labu Bawang Besar
1 Inchi Kunyit hidup
4 Batang Serai
4 Ketul Lengkuas
1 Inchi Halia

Bahan Lain:

Santan (1 Biji kelapa)
Asam Keping

* Korang blend je bahan kisar tu dengan santar. Jangan pakai air nanti lama korang nak kena didihkan sampai jadi paste..

Cara-cara:

1. Apabila bahan telah dikisar. Korang masukkan dalam kuali/pan.
2. Korang masukkan pula asam keping.
3. Masukkan garam dan secukup rasa.
3. Didihkan sehingga pekat dan seakan paste.
4. Siap dan boleh lumurkan pada ayam atau ikan.
5. Untuk ayam, korang rebuskan ayam dalam paste tersebut. Bagi ayam tu masak dulu baru bakar.

Tu jaa paste simple tapi terangkat. Bahan-bahan tu secukup rasa je. Nak pedas lebihkan cili..Selamat mencuba!!

Lots of love ecahh,

You May Also Like

6 Comments

  1. Sedapnya kalau dapat bakar dengan arang gitu. Nak bakar dengan oven, hilang kenikmatan. Haha

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, tengok pun dah kecur liur. Kalau makan mahunya berketul2 ayam.

    ReplyDelete
  3. bestnyaa dapat panggang ikan n ayam cemni..
    sedap nampak..

    ReplyDelete
  4. Sedapnya...best la pula rumah boleh bakar2 gitu..hehe..kita nak buat bakar pun guna pemanggang ajaib or oven je la..

    ReplyDelete