Resepi Roti John Sedap dan Mudah!

by - 18:36:00


Assalamualaikum dan selamat petang. Salam Ramadhan Ke - 12.

Tertiba kan rajin updated entry resepi? Hehehe. Yelah selalu mencuba menu baru, so selalu updated gambar ja dekat social media sampai ada yang tanya macam mana buat. So terlintas untuk menulis semula di blog. Hehehe. Ni resepi ikot cara ecah ye. Mungkin orang lain ada cara yang tersendiri. Tak kisah macam mana pon nak masak janji ada rupa dan rasa. Kan?

Bahan yang diperlukan:

1. Daging cincang/Ayam
2. Roti John
3. Telur
4. Daun Kucai/Daun Bawang
5. 3 ulas bawang putih - potong dadu
6. Lada sulah
7. Bawang besar - potong dadu
8. 2 Cawan air

Bahan hiasan:
Sos cili
Mayonis
Tomato
Salad

Penyediaan daging:

1. Korang boleh je pakai daging kisar yang siap tu. Ecah pakai daging biasa dan potong cincang. Korang basuh elok-elok dan toskan.
2. Masukkan minyak sedikit di dalam kuali dan tumis bawang putih yang di potong dadu. 
3. Dah garing korang masukkan daging. Masak sampai kering air dan tambah air lagi dalam dua cawan air. Dan pastikan empuk. Selalu kejap je sebab dah nipis.


*Abaikan kuali yang lagend!!


Seterusnya korang potong tengah roti john tu. Jangan sampai terputus pulak! Hahahahaha. Tak berawa lawa potongan sebab guna pisau pendek je dan bukan pisau roti hehe. Bak kata bedal jelah janji jadi. Kan kan!! 


Seterusnya, sediakan pan untuk kita masak. Letak sikit minyak atas pan dan api yang perlahan ye. Kang hangit pulak! Korang sediakan satu bekas untuk blendkan bahan bahan seperti 1 biji telur, secubit daun bawang/kucai, hirisan bawang yang dipotong dadu dan letak daging yang telah dimasak awal tu. Lepastu korang tuang atas pan tu.. Macam gambar bawah...



Then, korang tekapkan roti atas telur tu. Haa macam gambar bawah. Dah agak agak telur tu dah mengeras. Korang boleh tengok dah garing belum.


Ha rupanya macam ni. Tak la serupa kedai tapi sejak sejak PKP ni boleh la buat sendiri kan dari dok keluar rumah tu. Boleh la rasa macam kedai jugak. Then nanti korang letak lah bahan seperti biasa, sos cili, mayonis, salad or tomato!



Roti john dibuat kali kedua ni terburai sikit. Mungkin padat dengan bahan tapi tu lahh sedap!! Makan sambil tengok tv lepas terawih ni asyikk!! Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa!!

Lots of love ecahh,

You May Also Like

11 Comments

  1. daging kisar pun susah nak jumpa dekat tempat sis selalu beli barang dapur. huwaaa~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak pakai daging biasa je. Saya pakai daging biasa je. Hehe.

      Delete
  2. Ramai yang buat resepi roti john kali ini.
    memang nampak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Roti john pames pada bulan puasa kan?

      Delete
  3. Eh ehhhhh kita buat benda yang sama la! hehehe. sedap kan roti john buat sendiri haha.

    ReplyDelete
  4. Hehe... kita kakau buat roti telur pun buat gini. Senang tak payah susah² masak telyr asing. Roti john nanti nak cuba

    ReplyDelete