Assalamualaikum dan selamat pagi!
Harini nak updated entry tentang percutian 4 sekawan ke Redang Island, Terengganu! Actually tahun lepas dah pergi Pulau Perhentian tapi tulah terkubu macam tu sebab malas nak updated entry. Nanti nanti sis update kalau rajin nak godek folder dalam hardisk tu!
Pulau Perhentian - 19 sehingga 21 April 2019
Redang Island - 13 sehingga 15 March 2020
Redang Island - 13 sehingga 15 March 2020
Orang kata kalau tak pekena nasi dagang atas tol ni tak syok la pergi terengganu kan?! Yes, kitorang singgah kedai ni untuk makan nasi dagang atas tol ni dengan teh beng ombak rindu ni!
Sebenarnya takdak nak story apa sangat, cuma nak belanja gambar sekitar redang jelah. Kami mengambil penginapan di perkampungan dan tidak memilih penginapan di sekitar redang utama sebab kitorang masih student dan nak holiday ni semestinya kena pandai manage duit kan? As long as dapat pergi sana dan tengok kecantikkan dah cukup best ok!
Ni masa hari akhir kitorang dah nak balik. Sebab masa ni feri ada pukul 1 tengah hari ja so pagi tu memang sesiap keluar awal untuk pastikan dapat balik. Kalau tidak kena bermalam di sana lagi. Hehehe. Oh yaa, feri dia ada masa ya untuk pickup passenger (Not sure for perkampungan or overall). Lain sikit dari Pulau Perhentian. Tapi still ada keunikkan tersendiri.
Naik feri masa pergi tu eksaited sampai tak tidur even mengambil masa dalam sejam jugak dari darat ke pulau. Masa hari kitorang balik tu memang tak sedar apa tidur atas feri, tengok tengok dah sampai. Hahaha!!
Sampai ja dekat destinasi, mulut ni tak berenti ucap "SubhanaAllah, cantiknya". Sangat cantik. Biru sebirunya. Hijau sehijau nya. Memang tenang! Percutian macam ni yang aku suka. Lebih kepada nature yang bawa aura-aura positive macam tu!
Masa ni kitorang pergi dekat laut. Tapi masa ni tak mandi sebab esok tu kitorang nak snorkelling dekat satu tempat. Sini lebih banyak tangkap gambar, selfie dan lepak makan air kelapa. Uish nikmat walaupun panas! Gambar snorkeling tak updated sebab comel sangat muka sorang-sorang. Cuma snorkeling dekat perhentian lagi best. Mungkin sebab perhentian banyak check point dan redang kitorang hanya pilih 1 tempat saja nak snorkeling. Tapi boleh nampak ikan comel-comel, ikan pari, batu karang dan macam macam lagi!!
First at all, aku pon tak sangka aku ni addicted dengan air. Yelah sampai ke hujung tali tu aku pergi haha untuk snorkeling tengok keindahan dalam laut. Korang wajib pergi snorkeling even sekali. Ni dah dua kali pon addicted okey. Kalau korang rasa takot, konsep dia senang ja kalau terlemas tahan nafas sampai dah tenang nanti kayuh lah kaki tangan nanti dia dapat timbul balik sebab kita pakai life jaket. Jangan dah tergenlam sikit dah cemas, tu yang boleh telan air laut. Oh ya, memang hari tu air laut masuk habis ikot mulut, hidung!! Hahaha, tapi best!!
Best kan?! Cantik sangat! Ni antara percutian terbesar lah kami pergi iaitu ke perhentian dan redang. Sepatutnya lepas redang ada lagi 1 percutian sebelum kitorang habis belajar bulan 6 ni. Tapi disebabkan covid-19, kitorang decide untuk cancel segalanya. InsyaAllah lepas nanti boleh pergi ke tempat yang best-best lagi apabila dah kerja kan?! InsyaAllah handaknya sebegitu.
Waktu kitorang ke redang ni, wabak covid -19 dah dok menular. Masa dekat redang risau jugak, memang selalu sanitizer ja tangan ke mana pun. Alhamdulilah, kami dapat balik dengan selamat dan kini semua berada di pangkuan keluarga. Alhamdulilah!! Tak banyak nak cerita sebab benda ni kena pi sendiri baru boleh rasa aura tu hehehe! Sepanjang study ni boleh spent time dengan bestfriend pun satu nikmat yang tak dapat dijual beli kan?!
Okay, jumpa next entry!! Stay Safe and Stay At Home!
Lots of love ecahh,
8 comments
Bestnyaaaaaaa!!! Tak pernah lagi dapat bercuti betul2 macam ni dengan kawan2. Selalunya pergi malls tengok movie je. Saya teringin jugak nak snorkeling walaupon takut air. Pemandangan dasar laut ni dalam gambar pon dah cantik, apatah lagi in real life. Memang kejadian Allah cantik2 belaka
Alahai seronoknyaaaa. Tak pernah pergi lagi.
Seronoknyaaaa! Tak pernah lagi pergi Redang tapi Perhentian dah pergi la.
Bila baca ni tetiba rindu nak pergi jalan dengan kawan2.
Harap lepas PKP ni lepas la nak kemana-mana hehe. Sy singgah dan follow blog ni ya! Cantikkkk.
Me3narik sekali tempat ni ya
i love terengganu so muchh! saya belum pernah ke pulau redang, setakat ni baru ke pulau perhentian je. target nk gi redang n kapas!
wahh, bestnyaaa. lama tak pegi jalan2 ganu
Tahun lepas2 ada ke terengganu tau...homestay dekat gila dgn pulau kapas...tapi tak singgah pun. mnyesal tapi tak apalah next time..hehe
Memang cari peluang utk sama sama spent time ngn kwn zaman uni hehehe