Tuesday 1 May 2018

Nilai Sebuah Kepercayaan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kepercayaan merupakan sebuah anugerah yang paling utama yang berkait rapat dengan hati. Apa gunanya sebuah perhubungan sama ada persahabatan atau sebagainya sekiranya tiada kepercayaan? Apa gunanya kita berkongsi cerita dengan seseorang jika hanya sekadar untuk meluahkan dan tidak meminta ianya untuk dipercayai? Walaupun kepercayaan itu tidak pernah diminta, ianya tetap hadir atas tanda keikhlasan seseorang dan mempercayai walaupun kepercayaan bukanlah sepenuhnya 100%.

Hati ini diibaratkan sebuah pantai, kepercayaan pula diibaratkan benteng. Bila pantai itu selalu dilandai ombak laut, tiada pula benteng untuk menahan pantai dari ombak. Maka, kian lama ianya makin terhakis dilandai ombak.

Seperti itu juga sebuah kepercayaan dan sentiasa dilanda dugaaan yang mampu untuk mengugat hati sehinggalah akan wujudkan perasaan tawar hati untuk meneruskan sesuatu yang dibina sebab kepercayaan itu dihancurkan tanpa rasa balas kasihan.


Jangan pandang remeh atas sebuah kepercayaan yang diberikan oleh seseorang biarpun diri ini tidak pernah meminta diberi kepercayaan kerana sekali tercalar sukar untuk kita pulihkan kembali luka itu kerana ianya terlalu sakit. Sebenarnya, kepercayaan yang hadir ialah sebuah perhubungan yang perlu dipertahankan. Andai tiada kepercayaan, mustahil sebuah perhubungan itu dapat diteruskan melainkan atas kepentingan tertentu semata-mata.

Lots of love ecahh,

1 comment

13 May 2018 at 13:51

Kepercayaan tu memang penting in any relationship.. Baik dengan keluarga, kawan and mahupun kekasih.. huu..

Post a Comment