بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Assalamualaikum dan selamat malam,
Haishh, berhabuk sudah blog ni. Berbulan tanpa updated tapi tetap akan preview tengok blog sendiri walaupun tak sempat nak updated. Semester ni terlalu kalut di USM, bila pikir balik apa yang busy sangat? Hehe. Betul cakap orang, semakin kita dewasa semakin kita mengenal dunia dan semakin banyak masalah yang tanpa noktah. Setuju?
Okay, mesti tertanya aku dah habis belajar ke sebab dah praktikum? Terlebih dahulu, aku baru semester 3 yang akan ke semester 4 bila buka cuti semester ni. Eh ya, aku tengah cuti break sekarang. Tapi cuti ni aku praktikum pertama. Untuk pengetahuan kalian, course aku memerlukan tiga kali untuk praktikum. Banyak kan? Tapi itulah hakikatnya sebagai social worker. Bila kita tengok dari sudut positif, dapat meningkatkan softskill kita. Softskill sangat penting bila kita melangkah ke alam pekerjaan. Huhuhuhhuhuu.
Aku masih lagi berbaki 5 semester untuk memegang segulung ijazah. Bukan mudah nak mudah. Kadang diri ini terlalu kedil untuk berdamping dengan insan yang jauh lebih hebat. Tapi mereka juga manusia, seperti aku? Hari demi hari, kita kena belajar untuk menyesuaikan diri kerana kalau bukan kita siapa lagi?
Semakin dewasa, semakin mengenal dunia. Aku pernah rasa aku jauh lebih teruk apa yang aku alami. Tapi bila kita semakin melangkah keluar, kita akan nampak dengan jelas masalah kita sebesar kuman berbanding orang lain. Jangan pernah rasakan kita lebih teruk, sedangkan ada lagi yang susah dari kita. Pengalaman sememangnya mematangkan kehidupan seseorang. Mungkin tangisan hari ini pemakar semangat untuk hari esok.
Semoga seketul ecah ni semakin tabah dan cekal hati apabila berhadap dengan dunia yang semakin kejam. Kita buat kejam bukan dunia bersifat kejam. Betul? Bak kata orang, tepuk dada tanya hati.
Lots of love ecahh,
6 comments
Good luck for everything!!! ^^
All the best! :)
all the best untuk pengajian ijazah tu...
Semoga awak terus sukses dalam pengajian awak.. Keep fighting.. =)
All the best! :)
good luck and all the best! jangan risau, kejap je masa berlalu heee
ingat fiqa lagi tak? XD