Asslamaualaikum dan selamat malam,
Harini aku nak share satu lagi resepi kuih raya yang uols boleh buat untuk last minit macam ni tau! Memang senang dan cepat dan yang penting kebabom rasanya. Bak kata orang sales yang paling hangat di pasaran gitu. Tak percaya? Tengok raya nanti cornflake coklat ni habis dulu. huhuhu.
Bahan - bahan nya ialah :
- Cornflake (Jenama Kellogg's)
- Chocolate masakan (Jenama Beryl's)
- Chocolate rice (Warna warni)
- Cupcake paper (Yang kecik)
Bahan utamanya sudah pastilah conflake. Okay, conflake yang aku pakai adalah jenama kelloggs's, Orang kata jenama kellogg's ni lebih sedap untuk buat resepi ni. So aku cuba pakai jenama ni dan ternyata memang sebati, ranggup dan memang perfect. Harga? Lebih kurang RM4 something untuk sekotak kalau tak silap.
Okay, inilah cupcake paper yang kecik tu. Ada kan cupcake paper yang besar tu. Hehe. Aku sarankan korang susun dulu macam ni banyak banyak dulu sebab nak memudahkan kerja isi conflake dalam tu nanti. Nak cepat dan mudah kan? Ikut step ni tau :D
Mula sekali, korang cairkan coklat masakan tu. Aku buat dalam rice cooker je sebab senang dan bekas yang besar kan. Senang nak gaul dalam tu. Bila coklat dah cair, boleh masukkan cornflake sebanyak mungkin sehingga sebati. Korang gaul lah sampai sebati, bila dah siap tu boleh alihkan masuk dalam cupcake paper yang disusun tu.
Ni lah rupanya bila dah siap susun. Dah siap tu nanti korang taburkan coklat rice warna warni ni untuk naik seri. Tak kisahlah kalau korang nak letak benda lain, macam kurma potong ke, coklat putih ke kan. Aku letak coklat rice sebab mudah dan menarik.
Dah siap tu, korang masukkan dalam peti dalam 3-5 minit untuk bekukan supanya coklat tu melekat. Jangan lama dalam peti ais atau dekat luar, nanti lemau atau lembik. Dah keluarkan dari peti ais tu, korang boleh mulakan aktiviti menyusun dalam bekas tertutup.. Tu ja resepi ni.. Mudah dan senang sangat kan? Kejap ja nak buat ni. Apa lagi tunggu, esok beli barang malam boleh buat walaupun last minit...
Selamat mencuba..Goodluck!
Lots of love ecahh,
4 comments
tengok ja resepi ni teringat hari raya...nanti raya banyak yang buat kuih ni kan...
tengok gambar pun dah nampak sedap. heheh
Boleh p serbu mkn kot nt raya ni.hihi
senangnyaaaaa. nanti kalau ada masa nak try buat :)