بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Assalamualaikum dan selamat malam,
Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ni merupakan sebuah hub pengangkutan bas ke selatan, ke timur dan korang jugak boleh ke destinasi ke Utara dari TBS. Sistem TBS ni lebih kurang dengan sistem airport, ada balai ketibaan dan balai perlepasan. Tujuannya adalah untuk menyelesaikan masalah gejala ulat ticket yang semakin berleluasa, penipuan pembelian ticket bas dan kelancaran sistem pengangkutan bas experess. Senang dan selamatkan?
Aku first time nak naik bas di TBS dan kak aku second time di TBS. Waktu nak sampai ke TBS tu punyalah jem sebab highway memang jem teruk even hari ahad. Hari weekend pon dah macam hari bekerja biasa. Bila dah sampai, lebih kurang 10 minit sebelum pukul 6 petang, aku dan kak terpaksa bergerak pantas untuk ke area bus stop. Memang kena tawaf TBS sebab memang besar. Yelah hub segala pengangkutan di situ so kita kena berjalan ke kawasan bas.
Maaf gambar tak sempat amik sebab kesuntukkan masa. Korang boleh google untuk tengok suasana TBS.
Bila dah sampai di kawasan bas, korang kena daftar dulu. Ala ala macam border pass untuk flight tu. Ticket yang korang beli tu dah tak guna sebab akan dapat ticket baru dengan bar code seperti di bawah. Diorang akan check ticket korang dan kalau betul akan di print seperti ticket di bawah. Oh yaa, aku tak beli ticket di kaunter pon, sebab beli di easybook.com Senang dan mudah bila ada online banking, boleh booking semua sekelip mata. Aku just screen shot dan tunjuk di kaunter. Bila dah siap dapat ticket tu, korang akan diperiksa oleh abang dan kakak polis (Maaf tak perasan sangat sebab memang dah cepat). Diorang akan cop di ticket kita tu dan kita kena ke gate seterusnya. Nampak tak macam airport dah??
Untuk pengetahuan korang jugak, data maklumat semasa pembelian ticket bas sangat penting sebab bila bas dah sampai ke balai perlepasan, dan korang tak naik lagi, pengumuman akan di buat supaya korang sedar bas dah sampai. Agak syok sendiri kan bila dengar annoucement " Perhatian kepada cik Nurul Nur Aisyhah, bas anda ke Perlis sudah berada di Gate 5. Sila ke Gate 5 dengan segera". Kisahnya aku sendiri di annoucement banyak kali nama! Fuhh, berlarian kot beb sebab dah lambat T_T Alhamdulilah dapat jugak balik ke perlis petang tu. Pengajaran nya jangan pergi lambat. P awal senang, bab makanan memang banyak orang jual. Jangan risau. Tempat untuk rehat juga disediakan, banyak kerusi untuk menunggu sebelum bas tiba.
So, sapa yang tak cuba lagi di TBS, cubalah. Korang akan dapat pengalaman yang tak kan lupa macam aku dimana kena berlarian sebab lambat dah. Macam lawak, tapi itulah hakikatnya kenangan tak dilupakan. Selalunya naik bas perlis, di hentian duta tak perlu pon dicek macam di TBS. Tapi sistem yang dibuat ni sangat baik cuma aktiviti lambai lambai tangan tu dah takdak. Fuhhh. Amacam rasa best tak di TBS ni? Cer comment, nanti aku baca sorang sorang heheh!
Selagi kita tak cuba, selagi tu kita tak rasa. Saya dah cuba di TBS, anda bila lagi?:D
Lots of love ecahh,
3 comments
Tak pernah lagi cahhh. Thanks cah for sharing!
Tbs n i xdpt dipisahkn- zaman blaja dulu2 huhu
pernah g tp x pernah sbb naik bas.. hahaha