بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Disini aisyhah nak share sikit penggunaan penutup hidung/mulut (mask) ni. Cuma mask yang dishare ni kan lebih selamat dan berkesan untuk digunakan berbanding yang 4 segi ni.
Dah baca kan cara cara penggunaan topeng muka ni? Jangan lupa amalkan ya. Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Tak susah untuk kita amalkan dan ianya tidak memerlukan kos yang tinggi pon. Boleh beli dekat farmasi atau kedai kedai yang menjualkannya ya. Jom amalkan untuk kesihatan yang berpanjangan! Heheheh.
Tindakan yang perlu diambil oleh kepada golongan yang mengalami penyakit seperti dibawah:
Assalamualaikum dan selamat petang,
Dekat perlis ni dah sampai jerebu yang lagi manja tu sejak pagi ahad haritu. Mulanya tu ingatkan kabus pepagi ni tapi lama lama kelabunya tak hilang. Tengah hari jugalah berita umumkan seluruh malaysia diberi cuti kepada pelajar sekolah kecuali negeri negeri tertentu. Nampaknya perlis dah datangnya jerebu. Maka harini lah baru sekolah dibuka dan setiap pelajar dan guru serta staf diberi penutup hidung/mulut (mask) untuk keselamatan diri.
Disini aisyhah nak share sikit penggunaan penutup hidung/mulut (mask) ni. Cuma mask yang dishare ni kan lebih selamat dan berkesan untuk digunakan berbanding yang 4 segi ni.
Dah baca kan cara cara penggunaan topeng muka ni? Jangan lupa amalkan ya. Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Tak susah untuk kita amalkan dan ianya tidak memerlukan kos yang tinggi pon. Boleh beli dekat farmasi atau kedai kedai yang menjualkannya ya. Jom amalkan untuk kesihatan yang berpanjangan! Heheheh.
Tindakan yang perlu diambil oleh kepada golongan yang mengalami penyakit seperti dibawah:
- Mereka yang mengalami penyakit –penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
- Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
- Penutup hidung dan mulut (mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenal pasti sebagai kumpulan yang berisiko tinggi.
- Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
- Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki kenderaan anda.
- Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
- Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya, mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar dari kawasan tersebut.
- Orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
- Kurangkan aktiviti –aktiviti di luar rumah seperti sukan.
Okay, dah tau kan? Jom kita sesama amalkan. Semoga jerebu ni cepat hilang dan semuanya ada hikmahnya. Dah jerebu ni lah baru kita nak tahu erti kepentingan udara yang bersih untuk kita kan dan bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Sapa suka pakai mask ni kan, sesama kita perbanyakkan doa semoga semuanya kembali seperti biasa. Hehehee. Okay baibai.
Lots of love ecahh,
5 comments
terima kasih.info yang bermanfaat...
info yang bagus cah . Thumbs up :D
alhamdulillah..terima kasih atas perkongsian ini ecah..semua pihak mesti pandang berat kepentingan ini..
terima kasih ecah share this. akak pi tadika jalan kaki , mmg hadap la jerebu hari hari
nice entry! stay safe & dehydrated :)