Rasa Kehilangan

by - 21:27:00

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Hargai setiap pertemuan kerana di situ pasti ada perpisahan, Sayangilah setiap perpisahan kerana di situ pasti ada kesedihan.

Assalamualaikum dan selamat malam to all readers,


Tanggal 30 Haribulan 6 pada tahun 2015, hati ni rasa sayu sangat. Mula rasa kehilangan tanpa arah. Hati ni rasa syahdu je, sedih sangat, air mata asyik nak keluar je dalam masa seminggu dengan kawan kawan sekelas. Walaupun aku cuba tahan, tapi ia megah berdiri berderai tanpa kata. Tetap tak boleh, sebab bila ja tahan, hati ni rasa sakit, maknanya biarkan ja ia menitik.

Kehilangan seorang guru yang terbaik di sekolah ni. Beliau telah di tukarkan ke sekolah lain setelah berkhidmat selama 15 tahun 6 bulan. Semua warga sekolah terasa kehilangan beliau di mana seorang guru lelaki yang paling terbaik pernah aku kenal. Setiap tahun beliau akan mendapat anugerah daripada pihak sumber sekolah. Diakui bahawa, setiap masa lapang beliau akan ke sana.

Aku mengenali beliau secara mendalam semenjak aku menjejakkan kaki di tingkatan enam. Dulu semasa aliran perdana, cuma kenal sekadar nama. Sebabnya aku bukan lah seorang yang periang untuk beramah mesra tanpa sebab. Tapi kerana beliau, dapat sedarkan aku tentang kehidupan. Bila jatuh bangun kembali tak semestinya kita akan jatuh semula.. Tapi seorang insan yang sentiasa menjadi pedoman kita, kini dah tiada di situ........? Jangan jadikan alasan untuk kau tak bangun kembali cah.

Banyak kenangan dia lakar kan dari sem satu sampai sem terakhir ni. Siapa lagi nak tekan calculator kuat kuat? Sapa lagi nak sportcek pepagi tengok sapa makan nasi? Siapa lagi nak babai setiap pagi? Siapa lagi nak ajar volley ball? Siapa lagi nak melawak? Siapa lagi nak bagi rehat 15 saat semasa pnp? Siapa lagi dan siapa lagi.... 

Jadi, kenangan tetap menjadi kenangan. Kenangan akan menjadi sejarah hidup kita. Semoga cikgu dipermudahkan segalanya di sekolah baru.. Jangan jadikan jarak pemisah antara kita untuk berhubung.. Terima kasih kerana pernah mendidik anak muridmu dengan penuh ciri ciri yang selayaknya... Salam Sayang seorang anak murid yang sentiasa merinduimu.......


Lots of love ecahh.

You May Also Like

2 Comments

  1. Ikat ukhuwah dengan du'a yang berterusan..

    ReplyDelete
  2. Ingat lagi kawan miza selalu cakap. Pertemuan itu indah, tapi manisnya pertemuan itu kerana adanya perpisahan. Moga kita bertemu di dalam syurga-Nya.

    Miza pegang dalam hidup miza yang sekeliling miza adalah pinjaman semata-mata. Hadirkan mereka dalam setiap doa kita ^_^

    ReplyDelete