Tuesday 9 December 2014

Cinta vs Nafsu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum to all reader.

"Aisyhah,kau pernah suka seseorang tak" teman ku bertanya. Teralih perhatian ku untuk menikmati keindahan alam. Ada lah juga,tapi dah lama dah dah hilang pun dah perasaan tu. Kadang kadang memang terasa macam ada sesuatu dalam hati tapi perasaan tu jugak buat aku tak sedap hati at the same time.

Tumblr

Bila macam tu aku doa je dekat Allah. Kau doa macam mana? Aku berdoa " Ya Allah,Kau tahu perasaan ku terhadapnya kerana kau Maha Mengetahui. Jika memang sudah takdir jodohku dengan dia Kau peliharalah perasaan sukaku padanya. Sebaliknya jika aku tak tertulis untuknya kau hilangkan perasaan ini kerana Kau sebaik baik perancang". Hanya itu yang aku mampu jawab untuk menyelesaikan resah sahabatku. 

Yang dinamakan hati suka pada sesorang, itu dinamakan fitriah kerna itulah di alam remaja merupakan alam yang paling mencabar. Ada sesetengah manusia menjadi cinta sebagai media penguasan hawa nafsu. Inilah yang berlaku akhirr zaman sekarang....kes buang bayi,mengandung anak luar nikah semakin banyak terjadi. Inilah umat akhir zaman....

Muhasabah diri.. Suka seseorang diam  kan saja,fikir dulu.. Tak malukah kita mencintai seseorang tanpa terlebih dahulu mencintai yang Maha Esa?

Bagaimana kita mahu mengetahui tanda tanda kita mencintai Allah? Kalau cinta rindu untuk bertemu. Bagaimana sikap kita semasa hendak bertemu iaitu solat dengan Allah. Kalau cinta pula suka apabila disuruh,dan bagaimana sikap kita apabila diperintah? 

Tidak malukah kita mencintai hambaNya terlebih dahulu tanpa mencinta Dia? Andai kita risau orang yang kita sukai akan jatuh ke tangan orang lain maka,ingatlah! Ingatlah siapa kita. Orang yg disukai itu bukan milik kita. Layakkah kita risaukan nya? Ingatlah jodoh itu ketentuan Allah. Tak perlu bersusah payah memikirkan nya.

Sesungguhnya cinta selepas khawin itu sangat indah. Apabila hati itu di uji kerana fitriah peganglah pada prinsip hati itu ibarat malam gula gula. Wanita peliharalah cinta mu pada yang halal. Memendam itu berjihad! Tidak perlu bercouple untuk menampiaskan fitriah. Kita wanita senang untuk menuju ke syurgaNya.... :")
Lots of love Ecahh,

2 comments

11 December 2014 at 06:56

artikel yg bermanfaat....

13 December 2014 at 00:00

nice sharing.. cinta lepas kahwin lebih indah

Post a Comment