Yesterday story

by - 15:36:00


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Tumblr_mdfevw1jag1rhmxy6o1_500_large
Bila cakap tentang hati dan perasaan kekadang aku sendiri terkedu dan tidak tahu apa yang harus dipikirkan dan apa yang harus dilakukan. Tentang hati dan perasaan ni merupakan aset yang tersanggat lah sensitif. Aset yang tersanggat sensitif dan tidak boleh dibuat main dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. 

Sukar untuk kita sendiri menjangka hati dan perasaan orang. Mereka juga tidak dapat menjangka hati dan perasaan kita. Mungkin disebabkan kita bukan manusia yang luar biasa yang dapat membaca isi hati dan perasaan mereka. Kalaulah kita dapat berbuat sebegitu tentu haru hara dunia nanti. 

Selama ni apa yang kita tidak puas hati kita bisikkan pada hati, kita mengadu pada jiwa dan hanya diri kita yang tahu. Bukan mudah menjaga hati dan perasaan kita. Kadang kala kita rasa tidak berpuas hati dengan diri kita sendiri. Pada masa yang sama lubuk hati kekadang penah berkata " Alangkah beruntungnya kalau aku menjadi si dia...." Mesti pernahkan dialog macam tu menjelma dalam fikiran kita? Yaa. aku sendiri pun penah alami. Sesungguhnya manusia sememangnya sukar bersyukur dengan apa yang dimiliki. Malah sibuk tentang apa yang dia tidak miliki.

Sebagai seorang manusia aku tidak lari dari kesalahan. Manusia tidak pernah sempurna. Kesalahan yang dilakukan yang dapat mematangkan akal seseorang. Walaupun kadang kala yang kesalahan dilakukan tanpa kita sedari. Mungkin ada juga silapnya dari kita sendiri, kita kena akui itu, kita hanya manusia biasa. Kita bukan manusia yang sempurna dan tiada manusa yang sempurna dalam dunia ini.

Kadang kadang apa yang kita  lakukan seolah olah satu benda yang sukar diterima oleh orang lain. Ada masa kita sedaya upaya nak menghiburkan orang lain, nak bagi orang disekitar kita, kawan kawan kita gembira tapi seolah oleh usaha kita langsung tidak dihargai dan lebih parah mereka mempermainkan usaha kita. Salahkah kita nak bahagiakan orang disisi kita? Berdosa ke? Kita hanya manusia biasa :") Pecaya dengan takdir Allah ^^

Lots of love ecahh,

You May Also Like

3 Comments

  1. sebab sifat hati tu berbolak balik,semoga Iman kita kuat.

    ReplyDelete
  2. betul tu kak.. ina pun kadang2 terfikir nak jadi orang lain.. tengok hidup orang tu macam best je, semua ada.. tapi, bila fikir balik.. tak semestinya dia bahagia apa yg dia ada.. setiap manusia ada kekurangan kan.. mungkin depan2 dia nampak macam bahagia, siapa tahu dalam hati dia, dia sedih & teringin jugak nak jd orang lain..

    ReplyDelete
  3. http://madey09.blogspot.com/2014/12/suka-sama-suka-followers-blogwalking_8.html
    Tahnia ada url blog anda di blog Etuza..

    ReplyDelete