• Home
  • About
  • Resepi
  • Travel
  • Portfolio
  • Tips
  • Review
  • Exchange Link

Aisyhah Nyais

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Tumblr_mdfevw1jag1rhmxy6o1_500_large
Bila cakap tentang hati dan perasaan kekadang Aisyhah sendiri terkedu dan tidak tahu apa yang harus dipikirkan dan apa yang harus dilakukan. Tentang hati dan perasaan ni merupakan aset yang tersanggat lah sensitif. Aset yang tersanggat sensitif dan tidak boleh dibuat main dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. 

Sukar untuk kita sendiri menjangka hati dan perasaan orang. Mereka juga tidak dapat menjangka hati dan perasaan kita. Mungkin disebabkan kita bukan manusia yang luar biasa yang dapat membaca isi hati dan perasaan mereka. Kalaulah kita dapat berbuat sebegitu tentu haru hara dunia nanti...

Selama ni apa yang kita tidak puas hati kita bisikkan pada hati, kita mengadu pada jiwa dan hanya diri kita yang tahu. Bukan mudah menjaga hati dan perasaan kita. Kadang kala kita rasa tidak berpuas hati dengan diri kita sendiri. Pada masa yang sama lubuk hati kekadang penah berkata " Alangkah beruntungnya kalau aku menjadi si dia...." Mesti pernahkan dialog macam tu menjelma dalam fikiran kita? Yaa. Aisyhah sendiri pun penah alami. Sesungguhnya manusia sememangnya sukar bersyukur dengan apa yang dimiliki. Malah sibuk tentang apa yang dia tidak miliki.

Sebagai seorang manusia aku tidak lari dari kesalahan. Manusia tidak pernah sempurna. Kesalahan yang dilakukan yang dapat mematangkan akal seseorang. Walaupun kadang kala yang kesalahan dilakukan tanpa kita sedari. Mungkin ada juga silapnya dari kita sendiri, kita kena akui itu, kita hanya manusia biasa. Kita bukan manusia yang sempurna dan tiada manusa yang sempurna dalam dunia ini.
Kadang kadang apa yang kita  lakukan seolah olah satu benda yang sukar diterima oleh orang lain. Ada masa kita sedaya upaya nak menghiburkan orang lain, nak bagi orang disekitar kita, kawan kawan kita gembira tapi seolah oleh usaha kita langsung tidak dihargai dan lebih parah mereka mempermainkan usaha kita. Salahkah kita nak bahagiakan orang disisi kita? Berdosa ke? Kita hanya manusia biasa :") Pecaya dengan takdir Allah ^^
Share
Tweet
Pin
Share
18 Comments
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Hati yang kosong. #quotes #kajian #islam #nasehat #tausiyah ...

Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat. Kita akan bermula semuanya dari bawah dan baru akan melangkah ke atas. Tapi ingatlah untuk melangkah ke atas, kita akan jumpa seribu satu cabaran di mana saat itu kita akan jumpa pelbagai ragam manusia. Itulah baru dinamakan kehidupan. Kehidupan yang akan mematangkan kita!!
Share
Tweet
Pin
Share
9 Comments
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

PELUANG KEDUA - NABILA RAZALI (Official Lyric Video) - YouTube

Assalamualaikum dan selamat pagi!!

Setiap hari Aisyhah akan buka youtube dan dengar lagu Nabila Razali yang terbaru iaitu Peluang Kedua. Rasa terlekat dalam ingatan asik nak dengar ja hehehe! 

Sepi
Menghukum diri kembali
Untuk mengalirkan air mata
Tanpa henti
Lagi
Sepi
Menghasut diri kembali
Untuk memikirkan tentang kita
Tanpa henti
Lagi
Dan tiada
Salah darimu mengingatkanku
Bila 'ku tak sempurna
Engkau bisikkan 'ku yang paling sempurna
Di matamu hanya aku
Maaf, andai kau terluka
Maaf, 'ku tak sengaja
Tanpa sedar
Sakitimu
Sesalku
Maaf, kerna aku pun terluka
Pintaku hanya
Peluang kedua
Rasa cinta
Darimu
Dan tiada
Salah darimu mengingatkanku
Bila 'ku tak sempurna
Engkau bisikkan 'ku yang paling sempurna
Di matamu hanya aku
Dan andai terbuka hatimu
'Ku di sini menunggu dan terus menunggu
Dirimu
Kembalilah, sayang
Kepadaku
Maaf, andai kau terluka
Maaf, 'ku tak sengaja
Tanpa sedar
Sakitimu
Sesalku
Maaf, kerna aku pun terluka
Pintaku hanya
Peluang kedua
Rasa cinta
Darimu
Rasa cinta
Rasa cinta
Darimu

Lagu yang wajib buat sekarang. On je laptop akan buka youtube and Nabila Razali.  Hehehe!!
Share
Tweet
Pin
Share
12 Comments
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Harini merupakan ramadhan yang ke 20 kan? Alhamdulilah. Cepat je kan masa berlalu dah nak habis dah bulan yang mulia ni. Cepat sangat berjalan sehingga feel untuk raya tu belum ada. Tapi kita mesti raikan juga hari raya aidilfitri ni kan? Jadi, harini Aisyhah buat biskut kacang mazola yang enak dimakan dan ianya merupakan resepi turun temurun dari nenek, tok dan sehingga lah ayah sekarang mengemarinya. Alhamdulilah Aisyhah dapat belajar daripada mak dan harini Aisyhah terdetik untuk share juga pada yang membaca.

Resepi kacang mazola ni sangat mudah. Bahan pun mudah untuk dicari dan bajet pun tak mahal. Yang pasti enak dimakan kepada yang pengemar kacang. Cuba dulu tengok ketagih ke tidak kan?

Bahan - Bahan yang diperlukan : 

1 Bungkus Tepung Gandum (1kg)
5 Cawan Kacang Tanah - Digoreng dahulu
3 Cawan Gula Halus
Minyak Masak/Minyak Mazola

Telur kuning untuk salut di atas biskut.

Cara- caranya :

1. Korang gorengkan kacang tanah di dalam kuali tanpa minyak. Goreng sehingga garing tau sebab nanti biskut akan jadi lemau. Selepas siap, korang kena buang kulit dekat kacang tu macam gambar di bawah ye. Kalau dah siang buang kulit, korang boleh blend kan kacang ni guna pengisar kering tau untuk hancurkan kacang ni sebanyak 5 cawan.


2. Selepas tu, korang mix kan gula, tepung, kacang, dan minyak. Minyak tu actually korang agak-agak sehingga boleh bentukkan doh tu menjadi bulat-bulat comel. Aisyhah tak tekap dengan acuan sebab bulat-bulatkan pakai tangan ja. Adunan tu seakan gambar di bawah.


3. Dah settle adunan tu, korang sediakan kertas baking paper untuk letak di tray. Kalau takdak boleh sapu dengan mentega untuk elakkan melekat. Lepastu bulat-bulat kecil seperti gambar di bawah. Dah siap korang boleh sapu dengan telur kuning sahaja di atas biskut tu. Aisyhah bakar dengan suhu 150°C selama 20-25 minit. Selamat mencuba!!

Kacang mazola merupakan biskut lagend. Walau beli dekat kedai masih tak sama macam kita buat sendiri tau!!
Share
Tweet
Pin
Share
7 Comments
Older Posts

Hi. Welcome!


About me

Aisyhah, already 24

Keeping memories in here
because memories are made
to be remembered.

Mula berblog July 2011.

Contact me on :
Email (aisyhah01@yahoo.com )

Sebarang jemputan media, produk review atau sponsorship boleh email di aisyhah01@yahoo.com. Terima Kasih

imageimage

Berita Harian



Jemput baca; My Blog In Media

Kotak Sembang

Mengkritik janganlah sampai menghina, Menegur jangan sampai melukakan, dan jangan ditukarkan pahala menjadi dosa.

Followers

Nuffnang

My Blog List

  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    Blog Performance Tahun 2020
  • SITI.YANG.MENAIP
    Aiskrim Baru Nestle KitKat Gold Yang Sedap Kini Dipasaran
  • oohsenyum
    Gambar Lawak Gila (14 Gambar)
  • Farhana Jafri
    Reaching 30, Happy Birthday Akim Ahmad!
  • Blog Adianiez
    My First Giveaway by Blog Sal
  • kisah aienienka
    Pengalaman buat buku pink musim PKP
  • OMBAKBERGIGI
    Cabaran 15 Hari Menulis Blog | Day 1 - Gambar Terbaru Dan Fakta Tentang Anda.
  • Mazni Munawar
    2020, tahun yang tidaklah begitu teruk tetapi tidaklah begitu indah
  • Drawing the Words
    My First Giveaway by Blog Sal
  • Blog Lea Azleeya
    Nature Lab Merawat Masalah Kulit Wajah dan Rambut Gugur Dengan Berkesan
  • Marshalizadotcom
    Fernleaf CalciYum Yogurt & Minuman Susu Kultur Untuk Anak-anak Aktif
  • Aisyhah Nyais
    Hati dan Perasaan? Alangkah beruntungnya..
  • Catatan Seorang Syed
    DAPUR BUJANG : RESIPI DONAT GEBU DAN LEMBUT SAMPAI KE PAGI
  • dunia miss kepeng
    PENCARIAN BLOGLIST BY AISYHAH NYAIS

Copyright (C)


Copyright since July 2011 - 2020

Created with by ThemeXpose | Copyright by Aisyhah Nyais