Tuesday 7 February 2023

PENDAFTARAN KONSENSI KTMB (TIKET ETS POTONGAN HARGA SEHINGGA 50%)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Harini terdetik untuk sharing something news dekat korang. Mungkin memberikan manfaat kepada orang lain sebab Aisyhah baru tau yang pembelian tiket ETS yang ingin mohon potongan harga separuh memerlukan pembukaan akaun KITS (KTMB INTEGRATED TICKETING SYSTEM). 

Beberapa tahun lalu, pembelian boleh dilakukan melalui web ataupun aplikasi. Hanya pilih pilihan yang disediakan seperti warga emas, pesara dan lain lain. Namun, sekarang pembelian tersebut hanya boleh dilakukan bagi individu yang berdaftar sahaja dengan pihak KTMB. Agak rumit bagi individu yang memerlukan tiket dalam kadar segera. Jadi, daftarlah sekarang. Nanti terus boleh beli sebab dah di daftarkan akaun. Jom Aisyhah ajarkan. 

ATT : INDIVIDU YANG LAYAK SAHAJA BOLEH MOHON POTONGAN HARGA.

Sebelum melakukan pendataran konsensi, korang perlu daftar akaun KTMB terlebih dahulu. 

Berikut ialah cara pendaftaran KITS secara online
  1. Layani laman web https://www.ktmb.com.my/
  2. Pilih pada KITS Ticketing Log in / Register 
  3. Tekan Sign Up Now.
  4. Masukkan maklumat anda, emel, kata laluan dan aktifkan akaun (Rujuk emel)
  5. Setelah aktif, akaun anda telah pun di aktifkan dan boleh masuk melalui portal mahupun aplikasi.
  6. Selesai.
Berikut merupakan cara pendaftaran konsensi bagi kategori yang layak sahaja. Sekiranya tidak berkenaan, pembelian ticket boleh seperti biasa sama ada di aplikasi mahupun di kaunter. 

Bagi yang memerlukan konsensi, boleh rujuk seperti di bawah
  1. Anda perlu ke bahagian akaun terlebih dahulu (Bawah, hujung kanan) dan klik.
  2. Selepas itu, anda akan nampak " Varify Malaysian (Pending Approval) pada no 1 seperti tertera di gambar bawah. Ianya bermakna proses yang akan dilakukan oleh pihak KTMB.
  3. Seterusnya tekan nomber 2 seperti tertera di gambar bawah.
  1. Maklumat anda akan tertera di skrin. 
  2. Seterusnya boleh pilih kategori yang berkaitan. (Contoh : Isteri Pesara)

  1. Part ni, korang kena pastikan suami korang dah create akaun. 
  2. Sebab No. PNR ni akan wujud apabila akaun kits di daftar... Kalau tak daftar, tak boleh nak ke next step..
  3. No Kad Pensioner : No. Pesara 
  4. Referee No. : NO. PNR Suami (Rujuk akaun ktmb suami di bahagian profail)
  5. Upload Kad Pensioner : Perlu attach gambar ic dan kad pesara (Bahagian Hadapan sahaja).


Selepas selesai, korang tunggu lah sehingga 3 -5 hari untuk proses tersebut. Perlu alert dengan email, sekiranya gagal pendaftaran, pihak KTMB akan email dalam kadar segera. 

Aisyhah sendiri pun gagal untuk pendaftaran untuk isteri pesara.. Rejection sebanyak dua kali.. Akhirnya kali yang ke 3, dah lulus dan boleh beli ticket untuk mak ayah dengan harga separuh.. Salah nya, Aisyhah hanya attach kan KAD PESARA tanpa ic isteri...Itupun, tau setelah mendapat maklum balas dengan pihak KTM atas sebab rejection.. 

Aisyhah banyak berhubung dengan pihak KTM melalui FACEBOOK. Alhamdulilah, laju juga maklum balas dan semakkan status yang dilakukan oleh pihak mereka.. Untuk isteri polis, askar dan lain - lain boleh la mohon ye.. Heheheheh..

Okay, semoga bermanfaat buat semua..Jumpa lagi di lain cerita.. 

2 comments

8 February 2023 at 10:38

thanks info

10 February 2023 at 10:13

@Nurin Irsalina Welcome. Semoga memberikan manfaat.

Post a Comment