Tuesday, 7 February 2023

PENDAFTARAN KONSENSI KTMB (TIKET ETS POTONGAN HARGA SEHINGGA 50%)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Harini terdetik untuk sharing something news dekat korang. Mungkin memberikan manfaat kepada orang lain sebab Aisyhah baru tau yang pembelian tiket ETS yang ingin mohon potongan harga separuh memerlukan pembukaan akaun KITS (KTMB INTEGRATED TICKETING SYSTEM). 

Beberapa tahun lalu, pembelian boleh dilakukan melalui web ataupun aplikasi. Hanya pilih pilihan yang disediakan seperti warga emas, pesara dan lain lain. Namun, sekarang pembelian tersebut hanya boleh dilakukan bagi individu yang berdaftar sahaja dengan pihak KTMB. Agak rumit bagi individu yang memerlukan tiket dalam kadar segera. Jadi, daftarlah sekarang. Nanti terus boleh beli sebab dah di daftarkan akaun. Jom Aisyhah ajarkan. 

ATT : INDIVIDU YANG LAYAK SAHAJA BOLEH MOHON POTONGAN HARGA.

Sebelum melakukan pendataran konsensi, korang perlu daftar akaun KTMB terlebih dahulu. 

Berikut ialah cara pendaftaran KITS secara online
  1. Layani laman web https://www.ktmb.com.my/
  2. Pilih pada KITS Ticketing Log in / Register 
  3. Tekan Sign Up Now.
  4. Masukkan maklumat anda, emel, kata laluan dan aktifkan akaun (Rujuk emel)
  5. Setelah aktif, akaun anda telah pun di aktifkan dan boleh masuk melalui portal mahupun aplikasi.
  6. Selesai.
Berikut merupakan cara pendaftaran konsensi bagi kategori yang layak sahaja. Sekiranya tidak berkenaan, pembelian ticket boleh seperti biasa sama ada di aplikasi mahupun di kaunter. 

Bagi yang memerlukan konsensi, boleh rujuk seperti di bawah
  1. Anda perlu ke bahagian akaun terlebih dahulu (Bawah, hujung kanan) dan klik.
  2. Selepas itu, anda akan nampak " Varify Malaysian (Pending Approval) pada no 1 seperti tertera di gambar bawah. Ianya bermakna proses yang akan dilakukan oleh pihak KTMB.
  3. Seterusnya tekan nomber 2 seperti tertera di gambar bawah.
  1. Maklumat anda akan tertera di skrin. 
  2. Seterusnya boleh pilih kategori yang berkaitan. (Contoh : Isteri Pesara)

  1. Part ni, korang kena pastikan suami korang dah create akaun. 
  2. Sebab No. PNR ni akan wujud apabila akaun kits di daftar... Kalau tak daftar, tak boleh nak ke next step..
  3. No Kad Pensioner : No. Pesara 
  4. Referee No. : NO. PNR Suami (Rujuk akaun ktmb suami di bahagian profail)
  5. Upload Kad Pensioner : Perlu attach gambar ic dan kad pesara (Bahagian Hadapan sahaja).


Selepas selesai, korang tunggu lah sehingga 3 -5 hari untuk proses tersebut. Perlu alert dengan email, sekiranya gagal pendaftaran, pihak KTMB akan email dalam kadar segera. 

Aisyhah sendiri pun gagal untuk pendaftaran untuk isteri pesara.. Rejection sebanyak dua kali.. Akhirnya kali yang ke 3, dah lulus dan boleh beli ticket untuk mak ayah dengan harga separuh.. Salah nya, Aisyhah hanya attach kan KAD PESARA tanpa ic isteri...Itupun, tau setelah mendapat maklum balas dengan pihak KTM atas sebab rejection.. 

Aisyhah banyak berhubung dengan pihak KTM melalui FACEBOOK. Alhamdulilah, laju juga maklum balas dan semakkan status yang dilakukan oleh pihak mereka.. Untuk isteri polis, askar dan lain - lain boleh la mohon ye.. Heheheheh..

Okay, semoga bermanfaat buat semua..Jumpa lagi di lain cerita.. 

Thursday, 21 May 2020

Hati dan Perasaan? Alangkah beruntungnya..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Tumblr_mdfevw1jag1rhmxy6o1_500_large
Bila cakap tentang hati dan perasaan kekadang Aisyhah sendiri terkedu dan tidak tahu apa yang harus dipikirkan dan apa yang harus dilakukan. Tentang hati dan perasaan ni merupakan aset yang tersanggat lah sensitif. Aset yang tersanggat sensitif dan tidak boleh dibuat main dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. 

Sukar untuk kita sendiri menjangka hati dan perasaan orang. Mereka juga tidak dapat menjangka hati dan perasaan kita. Mungkin disebabkan kita bukan manusia yang luar biasa yang dapat membaca isi hati dan perasaan mereka. Kalaulah kita dapat berbuat sebegitu tentu haru hara dunia nanti...

Selama ni apa yang kita tidak puas hati kita bisikkan pada hati, kita mengadu pada jiwa dan hanya diri kita yang tahu. Bukan mudah menjaga hati dan perasaan kita. Kadang kala kita rasa tidak berpuas hati dengan diri kita sendiri. Pada masa yang sama lubuk hati kekadang penah berkata " Alangkah beruntungnya kalau aku menjadi si dia...." Mesti pernahkan dialog macam tu menjelma dalam fikiran kita? Yaa. Aisyhah sendiri pun penah alami. Sesungguhnya manusia sememangnya sukar bersyukur dengan apa yang dimiliki. Malah sibuk tentang apa yang dia tidak miliki.

Sebagai seorang manusia aku tidak lari dari kesalahan. Manusia tidak pernah sempurna. Kesalahan yang dilakukan yang dapat mematangkan akal seseorang. Walaupun kadang kala yang kesalahan dilakukan tanpa kita sedari. Mungkin ada juga silapnya dari kita sendiri, kita kena akui itu, kita hanya manusia biasa. Kita bukan manusia yang sempurna dan tiada manusa yang sempurna dalam dunia ini.
Kadang kadang apa yang kita  lakukan seolah olah satu benda yang sukar diterima oleh orang lain. Ada masa kita sedaya upaya nak menghiburkan orang lain, nak bagi orang disekitar kita, kawan kawan kita gembira tapi seolah oleh usaha kita langsung tidak dihargai dan lebih parah mereka mempermainkan usaha kita. Salahkah kita nak bahagiakan orang disisi kita? Berdosa ke? Kita hanya manusia biasa :") Pecaya dengan takdir Allah ^^