Thursday, 7 May 2020

Surprise delivery sekitar kulim??

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Surprise delivery ni merupakan perkhidmatan pertama yang Aisyhah gunakan sepanjang hidup. Sebelum ni ada survei untuk birthday family dan kawan, tapi tak guna pun. Sekadar untuk survei ja. Tapi disebabkan oleh PKP ni, Aisyhah terdetik untuk survei sempena birthday kawan baik yang kenal dekat USM. Sebelum-sebelum ni memang sambut dekat USM tapi disebabkan dah semua balik kampung masing-masing so ini merupakan alternatif yang masih ada. 

So Aisyhah mula carikan carian di facebook. Antara surprise delivery yang ada, Aisyhah tertarik dengan surprise delivery oleh DA's Surprise . Surprise delivery ni dibuat pada hari selasa iaitu pada 5 Mei 2020. Servis oleh DA's Surprise ni banyak set kombo dan cantik cantik tau sampai taktau nak pilih yang mana. So, kalau korang ada yang nak buat surprise delivery sekitar kulim boleh lah tengok DA's Surprise. Sangat recommended.. Sangat menarik.

Okey mesti tertanya kan berapa harga tu? Yang Aisyhah pilih tu adalah RM70 free delivery! Agak berbaloi lah daripada surprise delivery yang lain. Combination warna pon cantik. Perfect! Kek tu bersaiz 5 inchi. So jangan jadikan jauh sebagai penghalang untuk mengingati selagi hayat di kandung badan ok? Simple tapi as long kita ingat pada orang yang kita sayang maka, ia akan menjadi yang sangat indah!!
So, korang pernah guna? So far, Aisyhah rasa excited sangat sangat, yelah first time kan guna?  

8 comments

7 May 2020 at 12:14

memang excited dan surprise kan...done cikguzim follow sini

7 May 2020 at 13:28

Terima kasih cikguzim dtg. Yup memang excited habis lah!

8 May 2020 at 07:48

lawa la belon2 tu. hehe saya tak pernah guna.

8 May 2020 at 08:01

okay tu harga tu... datang blog-walking sini and...follow blog ni

8 May 2020 at 11:59

Kan lawa. Tak terkata tgk!

22 May 2020 at 01:35

Wahh okay harga tu. Berbaloi :)

22 May 2020 at 21:30

Haah harga baloi sebab free cod hehehe.

22 May 2020 at 21:31

Yaa. Hehehe harga baloi sb kita pakai perkhidmatan manusia..

Post a Comment