بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Aku sebenarnya mula blogging pada tingkatan 2. Tapi on off ja sebab fedup dan tak faham. Aku mula betul betul pada tingkatan 3 tahun 2011. Ha masa ni aku pun blogging cara budak-budak lah. Pastu aku suka bila tengok blog cantik cantik, aku ikut la segala tutorial yang ada. Nak design cantik bukan berdasarkan pada codding semata-mata tapi kena design jugak. Aku guna photoscape, aku guna gimps ka apa entah banyak dah tak ingat, sampai aku jumpa photoshhop.
Dulu aku buka dengan harga RM5-RM10, tapi design masa tu ala kadar baru nak up. Tapi ada je yang order tu yang bagi rasa lagi semangat nak cari pendapatan melalui blog. Bila kita dah rajin dok edit edit, ilham nak design tu mai sendiri lagi lagi kalau kena dengan citarasa. Tambah dan buang sikit sikit dah jadi cantik.
Assalamualaikum dan selamat petang,
Entry kalini aku nak cerita berdasarkan perjalanan hidup aku sehingga sekarang. Harini baru terlintas nak buat entry tentang perjalanan hidup aku sebagai blogger sehingga boleh cari pendapatan sendiri melalui blog samaada tempahan design mahupun daripada nuffnang sendiri.
Sebelum terlupa, aku dah tukarkan link blog daripada apple-crunchh.blogspot.com kepada aisyhahnyais.blogspot.com. Mungkin ada yang cari menggunakan link lama mesti takkan dapat sebab aku tukar macam tu je tanpa beli domain.
Aku sebenarnya mula blogging pada tingkatan 2. Tapi on off ja sebab fedup dan tak faham. Aku mula betul betul pada tingkatan 3 tahun 2011. Ha masa ni aku pun blogging cara budak-budak lah. Pastu aku suka bila tengok blog cantik cantik, aku ikut la segala tutorial yang ada. Nak design cantik bukan berdasarkan pada codding semata-mata tapi kena design jugak. Aku guna photoscape, aku guna gimps ka apa entah banyak dah tak ingat, sampai aku jumpa photoshhop.
Photoshop ni aku gigih gila download dekat google padahal boleh hantar je kedai dapat master RM15 je. Masa tu nak cari duit mana senang, nak ada duit pun kena kumpul duit belanja sekolah. So gigihkan diri download, lepastu crack la apa la sehingga virus masuk.
Bila dah boleh guna photoshop perasaan nak edit tu memang heksaited gila. Memang hari hari aku mengadap laptop buat benda tu, lagi lagi masa cuti sekolah. Aku pun dulu rajin blogging dan cuba tutorial yang ada. Aku banyak explorer sendiri sehingga aku rasa aku mampu buat sendiri duit untuk design.
Dulu aku buka dengan harga RM5-RM10, tapi design masa tu ala kadar baru nak up. Tapi ada je yang order tu yang bagi rasa lagi semangat nak cari pendapatan melalui blog. Bila kita dah rajin dok edit edit, ilham nak design tu mai sendiri lagi lagi kalau kena dengan citarasa. Tambah dan buang sikit sikit dah jadi cantik.
Pada saat tu, aku mula buka tempahan blog sehingga harga sekarang yang masih RM30. Aku akui bahawa, design ni tak terletak dengan satu malah lagi kita explore lagi lah kita tau! Walaupun hampir 7 tahun aku dengan blog, aku masih tak pandai dan masih kena belajar!
Sekarang aku belajar dkt USM. Aku akan amik peluang sekiranya ada bengkel PHOTOSHOP or ILLUSTRATOR or Video yang akan boleh bagi aku idea dan mengajar aku untuk guna tools dengan cara yang betul. Kadang kita explore sendiri tak sama dengan orang ajaq. Serius aku tak pernah rasa rugi pun belajaq dekat bengkel yang pernah dijalankan di USM. Aku bukan dari courses seni tapi sebab minat, apa salah?
Ramai tanya, macam mana aku boleh terjebak. Sebab boleh terjebak kerana aku minat. Bila dah minat everything gonna be smooth, right? Ha tu laaa sebab aku boleh design blog banyak yang boleh bagi pendapatan dekat aku. Aku susah kalau nak mintak duit mak ayah kalau nak beli benda yang kita nak, aku cuba nak keluar dari kepompong sendiri, berdiri sendiri dengan cara cari pendapatan sendiri..
Lots of love ecahh,
8 comments
Bila baca blog akak saya rasa macam rajin nak lawat blogger. Takdelah rajin nak post entry baru pun haha. Rindu dulu rajin sangat main coding edit skin pre-made pastu suaikan untuk blog sendiri. :")
@Syahaz Best bila boleh blogwalking selalu tp sebab kekangan masa kadang x sempat.
WAHH,bagusnyaaa.. bila dah terer lagi laa seronok kan..
@Kak Wawa Kalau dah minat, semua rasa heksaited lagi lagi hasil tu akan jd lawa dan idea2 dirisendiri.
Gambatee, tulah, saya sbb blog pun dah jadi designer, padahal masa kat U ambil kos lain. hehehe
The Hundred Pages | Eyqa Zq
saya pun sebab minat fotografi tu yang dok jalan sensorang weekend cari subjek
rindu gilaaa dengan hasil design kak cah.. huhu
Patutlah cari link tak jumpa. Hehe