Saturday, 5 August 2017

Berjimat Cermat??

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Fuhh. Baru baru ni aku digemparkan dan di ajukan beberapa soalan yang menyebabkan aku rasa untuk updated entry kalini. Sebelum tu tahniah kepada yang dapat tawaran untuk masuk Universiti sama ada awam atau swasta. Kalau yang tak dapat tu jangan bersedih sebab rezeki anda luas. Mungkin bukan hari ini, mungkin esok lusa hari ada. Percaya pada perancangan Allah, okay?

Hasil carian imej untuk berjimat

Student dan duit adalah satu perkara yang sinonim. Beberapa hari lepas, ada seorang hamba Allah ni masej tanya "Cah, camna hang boleh saving dok USM. Tak boros pun"....Satu ja aku ingat, aku bukan anak orang berada atau kaya yang mampu dapat segalanya bila di sebut. Aku sangat bersyukur bila ditempatkan di universiti awam iaitu Universiti Sains Malaysia. Syukur sangat. Aku buat pinjaman PTPTN, yang mana duit tersebut aku guna sepenuhnya untuk yuran dan duit poket aku di sana. Bagi aku, untuk seorang pelajar memang perkara normal lah untuk belajar menggunakan duit secara berhemah. Sebab aku fikir satu ja, duit tu mungkin akan digunakan untuk kemudian hari. Mana kita tau kan?

Duit aku banyak dihabiskan untuk makanan jalah. I dont know why, bab bershopping aku takdaklah shopping mana sebab baju semua tu memang dah banyak sampai tak terpakai. Biasalah kadang kita cakap takdak baju, tapi buka almari haa amik penuh. Huhuhuhuhuhu. Aku selalu makan ala kadar sahaja dan kenyang. Bagi aku tak perlu pun lauk mewah mewah atau yang mahal, sebab aku makan sekadar nak bagi perut kenyang. Tapi aku jinakkan juga bila outing dengan kawan, tapi takdak lah setiap minggu. Kalau rasa boleh jimat, cuba jimat. Ok?
Berjimat tak bermakna anda miskin, tapi anda lah seorang student yang berhemah dan melihat masa depan dengan jauh!
Kak aku selalu pesan, kalau rasa duit tu ada, simpan. Mana tau habis graduate nanti boleh bayar ptptn tu sementara nak dapat kerja nanti. Sekarang bukan senang nak dapat kerja. Bila fikirkan balik, betul apa jugak dia cakap. Makin hari makin matang permikiran kita. Bila dah dok jauh dari keluarga, kita akan mula nampak macam mana susahnya nak dapat duit. Tak kesian ka mak ayah yang berpanas panas cari duit, kita membazir macam tu saja?

Hasil carian imej untuk berjimat

InsyaAllah, mula semester baru ni, jom kita isi duit dalam tabung. Takyah banyak pun. Duit syiling ja kita guna. Bila ada lebihan masukkan terus dalam tabung. Tips ni aku ikut abang aku sendiri even dia dah kerja dia still amalkan tabiat ni. Rasa tercabar tengok tau. Contohnya, haritu henpon rosak, dia guna duit saving syiling tu untuk beli henpon baru. Nampak tak? Masa depan kita taktau macam mana, so jom kita saving mulai sekarang! Kalau bukan hari ini, bila lagi kan? Tepuk dada, tanya iman. Jom kita prepare untuk jadi pelajar yang berhemah!

Lots of love ecahh,

4 comments

5 August 2017 at 19:34

Ayah saya yg nak masuk 60an pun masih buat yg sama, duit syiling lebih dalam poket dia akan masukkan dalam tabung :D

hanisamanina.com

6 August 2017 at 12:00

sangat penting untuk kita berjimat.

7 August 2017 at 21:33

awwwwww :'( deep dengan lagu lagi baca entri kali ni TT^TT

kitaorang takdelah berada sgt.. hutang tu normal.. sbb adik beradik pun ramai.. tapi sebab lahir2 anak cikgu.. mungkin tak terasa sgt susah tu TT^TT

tapi, my sis sepanjang dia duk USM, mmg makan ja kerja dia... dia duit semua utk makanan especially dekat USM tu banyak sgt kedai makan O.O malam2 makan burger.. ermmmmmm

p/s dia dah hilang minat menabung disebabkan kak dia waktu kecik2 dulu suka ambil duit dia.. huhuhuhu.. dululah..

11 October 2017 at 17:18

sedang berjinak-jinak melaksana amalan mulia ini.hahah.sebelum ni liar.xjinak

Post a Comment