Wednesday, 21 June 2017

Goodbye First Year's Student

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan Selamat Petang,

Harini aku rasa free sikit nak update blog. Rindu sangat membuak-buak dengan blog ni. Terima kasih kepada beberapa orang yang sudi email ecah. Harini rasa lapang nak updated blog sebab aku dah mula bercuti selama 3 bulan. 

Akhirnya tamat sudah setahun aku belajar di Universiti Sains Malaysia. Kejap ja kan? Dah habis dua semester yang bermaksud dah habis fasa first year student. Hihi. Lepasni kita tengok junior pulak masuk hehehe!

Hasil carian imej untuk quotes for life

Alhamdulilah, banyak benda aku belajar setakat bergelar pelajar universiti sains malaysia. Pengalaman yang akan mematangkan seseorang. Sangat banyak. Disini kita belajar berdikari. Bagi aku, ini lah kali pertama aku berjauhan dengan keluarga dalam jangka masa yang panjang. Bukan mudah untuk belajar menerima, tapi kita yakin boleh insyaAllah boleh. Homesick? Jangan cakap, memang sentiasa berasa homesick. Selamat sekarang ada teknologi, boleh video call bila rasa rindu. Tak balik ke? Aku balik bila ada masa lapang. Cuma bila aku masuk semester dua agak sibuk. Nak balik pun tak sempat sebab masa yang nak balik tu boleh siapkan kerja yang tak siap tu. Hehehe.

Sebab aku busy sem 2? Start sem 2 aku mula banyak joinkan diri dengan program program di USM. Memang susah tapi di sini aku belajar sesuatu yang tak pernah aku belajar. Aku dapat asah softskill dan guna bakat bakat yang terpendam. Bila kita redha dan ikhlas sesuatu, semua benda Allah akan mudahkan ianya berjalan. Ke hulur ke hilir siapkan tanggangjawab di beri dengan baik. Bila semuanya selesai, aku rasa sangat baloi dengan usaha dibuat.

Berbaloi apa? Mesti tertanya kan? Universiti Sains Malaysia tidak menjaminkan tempat penginapan untuk pelajarnya kecuali pelajar itu aktif dan banyak MYCSD atau markah matrik. Tempat penginapan agak terhad jadi terpaksa la berjuang untuk mendapatkan desa. Dan aku bersyukur, sidang depan aku ditempatkan lagi desa. Alhamdulilah. Berbaloi atas usaha dibuat. Dan yakinlah, Allah akan bagi atas usaha kita. Banyak usaha, banyaklah Allah bagi, kan? Macam tu jugak dengan belajar, kita belajar betul betul mesti Allah bagi atas usaha kita. 

Hasil carian imej untuk quotes for friends
Pengalaman berkawan pun banyak. Banyak juga kita berjumpa dengan orang. Macam macam ragam yang agak lucu. Bila kita melangkah ke alam yang lebih besar, kita kena berfikiran terbuka. Banyak perkara kita perlu tengok secara terbuka dan menerima. Tak semua perkara itu baik, cuma diri kita yang tau untuk bertindak. Kita takkan sesat kalau kita pandai jaga diri dan ingat batas batas pergaulan dan sebagainya.

Emm. Banyak lagi nak cerita tapi dah prepare untuk berbuka puasa. Selamat berbuka puasaa semua! Jeng jengggg. See you all again!

Lots of love ecahh, 

4 comments

7 July 2017 at 11:18

bila mula study rasa lamanya nak habis.. da nak habis tetiba rasa cepatnya masa berlalu..

1 August 2017 at 07:07

kiranya sekarang cuti sem lah? 3 month? wew....

hurmm my sis pun duduk USM =_= tak balik-balik =_= haritu balik kejap.. sehari je =_=

budak Tesol.. kolej Tekun? ahahahhaa.. dia ngadu bestnya cuti panjang.. padahal dia boleh je cuti... tapi dia g join program banyak2 sangat.. ermm.. ikut aok lah.. :P

tetiba sesi luahan perasaan XD

5 August 2017 at 15:38

@Siti Yang Menaip Setuju. Cepat ja masa berlalu bila kita enjoy everything. Huhuhu

5 August 2017 at 15:38

@Misaki PureBlood Yaa betul la tu. Ada kot kakak awak tu join apa apa yang berkaitan usm. Mybe ppsl, or persatuan yang aktif tu. Tp berbaki sebulan je lagi nak balik sana dh. Huhuh.

Post a Comment