Wednesday, 1 June 2016

Review : Aura Steamboat and Grill, Perlis



Assalamualaikum dan selamat petang,

Wahh harini aku nak update lagi tentang makan! Aku ni memang hantu makan tau, kalau orang ajak cepat je nakgi. Mesti uols pon hantu makan kan. Haa harini nak review sikit aura steamboat di perlis ni tau. Wah lama sangat dah aku takpi, nampak banyak perubahan dah dari segi kedudukan meja, kerusi, layanan dan lain lain. 


Kak aku parking kerata betul betul depan Aura Steamboat dan sempatlah aku snap gambar kan. Di Aura Steamboat ada dua bahagian iaitu bahagian luar dan dalam. Kalau yang luar macam yang dalam gambar tu dan bahagian dalam tu ada satu bilik khas yang lebih selesa dan ber-aircond. Harga pon lain lain. Semalam saja mencuba suasana dalam airkond sebab yang luar tu dah pernah cuba. Sudah tentu ada kelainan dan harga pon lain tau.

Harga untuk bilik airkond ni satu kepala dewasa RM25 dan manakala kanak kanak yang berumur 11 tahun kebawah adalah sebanyak RM13. Manakala di luar kalau tak silap satu kepala RM15 untuk dewasa, kalau kanak kanak tak pasti pulak. Apa yang berbeza ye? Sekarang dah ada kuah soup dan tomyam, kalau dulu rasanya hanya soup tapi tak tahulah kot memang berbeza antara dalam dan luar..Sudah pasti menjadi pilihanya semalam kuah tomyam...

 

Tempat grill dan soup tu pon berlainan tau. Kalau yang dalam guna yang elektrik manakala di luar tu menggunakan cara bakar dari arang. Memang berlain masa aku lalu tu.

Haaa! Ni lah yang spesial nye tau. Ada aiskrim sebagai pencuci mulut. Semalam saja aku ulang tiga kali makan aiskrim ni. Semalam ada dua perisa yang hijau tu dengan rainbow. Rainbow tak nampak sebab di bawah. Lepastu kita boleh letak jagung, kacang tanah, kacang merah, susu, dan lain lain lagi tau. Aiskrim ni hanya dalam bilik berairkond sahaja. Di samping tu, kita boleh buat ais sagat tau atau nama lain ABC menggunakan ais kiub. Memang menarik tau! 

Ni lah keadaan biliknya. Memang selesa, susunan yang tak padat dan memang selesa lah untuk makan lama lama atau perjumpaan dengan kengkawan. Pelayan pon mesra ja dan sedia membantu andai ada masalah. Menu pon menarik dan sering berganti dengan yang lain. Menu menu ni menyebabkan kitorang balik pukul 9 malam dari pukul 6 petang tau. Oh ya, kalau masa maghrib tu kita boleh solat je. Belakang kedai ni ada surau. Memang pakej dan senang untuk customer menunaikan ibadah bila masuk waktu. Cuma masa nak gi sembahyang janganlah keluar serentak biar meja kita tu ada orang. Dah habis solat boleh kita makan lagi.

Semalam tu bukan makan tapi macam melantak dah. Memang keluar pon dengan kaki makan. Asal dah kenyang kata " Eh ni tak sampai RM25 hinggit lagi".. Memang berbaloi semalam makan.. Kalau keluar makan memang kena letak tepi lah bab diet..Memang hancur hahah!

Okay byebye. Nanti aku review lagi heehehhe!

Lots of love ecahh,

3 comments

1 June 2016 at 17:08

Nampak best ni ecah...

Anonymous
1 June 2016 at 17:40

sedapnya eskrim tu. feveret sehah~

1 June 2016 at 23:57

dh lama tak ber steamboat
T_T

Post a Comment