Monday 14 December 2015

Ayah Saya, Superhero Saya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum, 


Seorang anak bongsu daripada enam adik beradik dan merupakan anak kelahiran jati perlis dan diberi nama yang unik oleh bapa dan ibunya iaitu Nyais Bin Dahman. Ayah kini berumur 57 tahun dan ketika mencapai kemerdekaan ayah berumur setahun jaguung lagi. Ayah menemui pilihan hidupnya dengan Syarifah Che Man iaitu mak kepada empat orang anak. Mereka sudah bersama lebih kurang 30 tahun dan menempuh segala onak duri dunia bersama. 

Ayah bekerja sebagai pekerja rendah awam di Pejabat Tanah sehingga kini malah mengisi borang untuk lanjutan ke umur 60 tahun. Walaupun ayah dah berumur, tapi ayah masih kuat untuk membanting tulang empat keratnya untuk memelihara anaknya yang kini masih belajar. Alhamdulilah, kini ayah terasa bebanya kurang bila kakak dan abangku dah mula melangkah ke alam pekerjaan dan aku dapat sendiri tengok senyuman yang terukir di bibirnya.
Kasih sayang dari ayah sama seperti kasih sayang ibu. Takkan pernah ada gantinya. Syurga memang terletak di bawah kaki ibu, tapi dimana pulak ayah? Ayah sentiasa menunggu kita di pintu syurga...ini merupakan kata kata penceramah di sekolah aku haritu..Masih mekar di dalam fikiran.
Ayah seorang yang mudah untuk bergaul dengan orang. Yelah, aku selalu ajak kawan kawan datang rumah untuk siapkan tugasan yang diberikan oleh cikgu disebabkan rumah aku mempunyai lebih kemudahan untuk digunakan seperti wifi. Jadi, aku boleh nampak yang ayah boleh bergaul dengan kawan kawan aku walaupun berbeza umur dan dia sangat sangat menjaga tetamu. Aku bukan memuji, tapi itulah yang boleh aku huraikan ayah sebagai ayahku.

Lagi satu yang boleh aku huraikan, ayah aku memang berjumpa dengan taman hidup yang sepadan. Mak dan ayah memang sukakan kedamaian dan menyebabkan mereka suka menanam pokok bunga disekeliling rumah. Betul kata orang, rumah ku syurga ku, syurga kedaiman bagi keluarga yang harmoni. Gamba halaman rumah.


Aku rasa yang tu ja kot nak cerita. Kalau nak ikutkan memang banyak nak tulis bila jari ni dah mula menaip. Tapi lupa ini kan segmen ai yang ecah join. Hihih. Jom la join reramai kita gempakkan hero kita, siapa lagi ayah kan. Jom cerita ayah memasing, mesti bestkan? Hihi. Saya dah join, anda bila lagi? Klik banner di atas untuk terjah tuan punya yang merasmikan segmen yang begitu menarik lagi tertarik dari teh ais. Aip aip aip.

Terima kasih ayah. Kau gagah melawan ombak, kegigihan dan perjuangan hidup, demi untuk kebahagian keluargamu..terkadang kau tersungkur namun kau tetap terus berusaha berdiri kembali demi untuk anak dan isterimu...AYAHKU adalah PAHLAWANKU.. ikhlas daripada anakmu yang nakal...

Lots of love ecahh,

3 comments

14 December 2015 at 22:56

menarik ni :) rasa nak join juga. InshaAllah

14 December 2015 at 22:56

menarik ni :) rasa nak join juga. InshaAllah

18 December 2015 at 22:18

nice~ :)

Post a Comment