Program Remaja Ideal Jatidiri Luar Bandar (RIJAL)

by - 09:57:00

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Fuhh, rasa diri ni lega sangat weh. Sem tiga kali ni aku terpaksa menyiapkan dua kerja kursus ala ala thesis. Aku tak update blog, tak bermakna aku tak rindu. Eheheks!

Okay, 10 haribulan September yang lalu, pelajar pelajar tingkatan 4 sehingga 6 terpaksa menjalani kursus yang dikenali sebagai RIJAL. Kursus ini mendapat tajaan sepenuhnya oleh Mara maka sekolah aku hanya ditugaskan untuk mengendalikan makanan, pendaftaran dan sebagainya. 

Kursus ini mempunyai beberapa slot dan ianya akan diadakan majlis penutupnya pada waktu malam. Namun, pihak pengetua tidak mengizinkan disebabkan oleh keselamatan pelajar. Slot nya agak menarik juga, tapi biasalah bosan itu pasti ada.

Okay, kalau ikutkan melalui aturcara majlis tu makan banyak kan. Slot pertama melibatkan ice breaking atau nama lain sesi kenal satu sama lain bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Para pelajar juga dibahagikan kumpulan mengikut nombor satu sehingga 11, dimana ianya mempunyai 22 kumpulan bagi lelaki dan perempuan. 

Slot kedua pula melibatkan ikatan kasih dengan cikgu. Disini para pelajar diminta untuk membentangkan hasil perbincangan di atas kertas majong dan semuanya akan dibentangkan mengikut kumpulan. Banyak adik adik yang lebih berani melontarkan suara daripada kakak kakak tingkatan 6 dan ideanya cukup bernas. Selepas itu, para pelajar diberikan masa untuk makan dan mengambil wuduk. Solat berjemaah diadakan didalam dewan dan mendengar tazkirah oleh ustaz.



Slot bersama ibu bapa pada pukul 3 ni memang menyentuh hati, pilu dan sedih mendengarkan kisah fasi. Kita dapat rasakan kasih seorang ibu dan bapa. Syurga terletak di kaki ibu, dan bapa pula dimana? Bapa pula menunggu kita di pintu syurga. Fasi juga meminta seorang ibu untuk bangun bersama anaknya. Dakapan yang cukup erat bersama ibu dan anak dapat aku rasakan. Pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkahkan kepada setiap anak merupakan tunjang kebahagian sesebuah keluarga. Nak diceritakan semua memang takkan habis, tapi ingatlah Hargai Ibu bapa anda sebelum terlambat..........

Menjadi misteri bagi teka teki ni, Kandang lembu ada 8 tapi lembu ada 9 ekor, macam mana nak bawa masuk lembu tu semua dalam kandang? Soalan ini memerlukan IQ. Tapi ianya tidak dapat dibongkarkan. Adakah pembaca mengetahuinya? Share lah okey! :P
Berita gembira untuk aku, InsyaAllah blog ini akan diriview oleh pihak BH pada hujung bulan september. Tak sangka blog yang tiada kelebihan ini akan dipaparkan dalam sisipan BH yang mana kita tahu ianya merupakan surat khabar utama. Alhamdulilah. Nantikan entry seterusnya! :D


Lots of love ecahh,

You May Also Like

4 Comments