Keputusan Talesimia

by - 16:12:00

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Assalamualaikum dan selamat petang.

Sejak pada 15 September, aku dah rasa gundah gulana bila dapat whatsapp daripada cikgu bahawa aku dan dua rakan lain terpaksa buat ujian saringan lagi pada 18 September yakni harini lah sebab katanya bacaan tak dapat. Serius lepas saat dan masa tu, aku rasa takdak mood sehingga kan harini. Ada ja yang tak kena.

Fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhh,
Sekitar pukul sembilan pagi, van kesihatan dah mula memasuki pagar sekolah. Gila hang tak gertak walaupun aku ni nampak sesado di luar. Alhamdulilah, ketiga tiga kami dah selamat untuk amik darah. Nak tau bila result? Tahun depan weh bak kata misi tu. Ujian ni memakan masa yang lama mungkin sebab kami semuani pelajar tingkatan 6, dia amik masa daripada orang yang nak kawen tu! Ka sama ja? Aku pon taktau...

Aku takdak la takut sangat nak amik darah tu, tapi kan aku yang terlebih cakap dengan misi tu. Aku yang siap bismillah kekuat dan selawat sebelum aku kena cucuk. Sampai misi tu pon agak tergelak lah. Aku rasa pengalaman derma darah semenjak aku masuk PLKN. Aku pon nak mencubakan diri bagaimana rasa dan percayalah takdak apa sangat. Kena steady ja jangan dok cuak. Tak cuba kita tatau macam mana rasa. Tak tau bagaimana erti derma darah kepada yang lebih memerlukan. Aku darah A+. Macam mana pula pembaca sekalian? Share meh.

Entry kali ni takdak gambar. Sedih! Nanti aku amik dekat cik google. Hehehehhe.


Apa ituu talesimia?


Sebenarnya, talesimia ni adalah penyakit genetik. Talesimia adalah kelainan pada darah dimana ianya mampu mengagalkan tubuh untuk membentuk hemoglobin. Hemoglobin adalah sel darah merah yang berfungsi utama untuk menghantar oksigen ke seluruh organ badan. Penyakit ni sebenarnya diturunkan dari ibu dan bapa ke anaknya. Jadi secara tak langsung, anak mereka keberangkalian akan mendapat penyakit talesimia. Talesimia mempunyai beberapa jenis. 

Apa yang aku boleh ringkaskan, ujian talesimia ni penting bagi yang nak kawen tu. Jika seseorang tu pembawa, dia digalakkan untuk berkahwin dengan pasangan yang normal. Keberangkalian nak dapat anak talesimia ni 50%. Sebab apa? Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Yang paling amik perhatian apabila, kedua dua pasangan mempunyai talesimia. Sudah pasti dan sah, anak yang bakal lahir akan mendapat penyakit ini. Sanggupkah kita tengok depa bertukar darah setiap bulan untuk teruskan hidup? Jadi, sebelum nikah tu jangan lupa buat ujian talesimia.. Nak lebih lanjut sila google...Ni apa yang aku boleh katakan jelah, nak tulis banyak banyak kot ada yang tak sudi baca...kekekekke......... Cer tengok rajah bawah untuk lebih faham....

By the way, untuk kawan kawan yang bukan pembawa talesimia tu tahniah.. Dah boleh kawin laa tu. Hahahahahhaa. Okay, aku masih menunggu keputusan ni tahun depan, fuhhhhh lega sat. Nanti gementaq lagi. Okay unduq diri dulu.. Selamat bercuti buat adik adik sekolah...Kerja sekolah jangan lupa...
Sejak sejak masuk tingkatan 6 ni aku lebih didedahkan dengan pelbagai benda. Aku dah cucuk hpv untuk cegah cancer selvik, talesimia, derma darah yang telah diadakan dan pelbagai lagi lah.. Hehehe.

Lots of love ecahh, 

You May Also Like

2 Comments

  1. alhamdulillah..akak tak de buat ujian untuk talasimia ni..masa akak nak nikah..yang wajib buat cuma HIV je..setahun kemudian baru llah pemeriksaan darah untuk kesan talasimia dikuatkuasakan ecah..

    ReplyDelete
  2. Ieka enjet hpv pun tak buat lagi huhuhu :)

    ReplyDelete