Kuih raya memeriahkan suasana hari raya?

by - 20:46:00

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan selamat malam.

Berlalu sudah ramadhan, sebulan puasa, tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira..anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa..ibu dan ayah keriang bersyukur tak terkira... pehh sekarang ni dekat cerong radio, di kaca televisyen dan di media massa semua dah naik lagu rasa. Teringat nostalgia dulu. 

Biskut raya? Semua orang terasa teringin nak makan kuih raya kan cuma hari raya ja dapat makan, kalau request dekat mak  hari biasa, depa akan cakap kita ni buang tabiat. Jadi bila ada depan mata maka makanlah sepuasnya, supaya tak merana di kemudian hari.

Selalunya, bila menjelang hari raya, mak aku mesti ajak buat tart nenas tu sudah menjadi kewajipannya makanan kegemaran adik beradik termasuklah bapak. Lagi lagi makan sambil pejam mata itu dipanggilnya satu nikmat. Best kan bila dapat buat sama sama dengan mak. Kalau aku buat sensorangkan alamatnya tak menjadilah, memang mimpi jelah buat sensorang takutnya semuanya kelaut.

Apapun kan, kuih yang mak sendiri buat jugalah yang paling sedap. Rasanya lembut dan mudah je nak hadam ke dalam perut sampai nak makan 5 ke 6 biji, eh ke ketul ke ke lebih?? hentam ajalah.. Sebenaqnya bukan kuih tart je jadi tren dekat rumah ni, selalunya mak akan uli tepung untuk almond landon, kuih siput, biskut kacang mazola, kacang tepung dan sebagainya. Okay, meh layan lagu raya dulu dekat youtube dulu eh..

Selamat hari raya adilfitri. Maaf zahir dan batin..jangan main mercun tau,kang jari takde, ayok!
Lots of love ecahh,

You May Also Like

4 Comments

  1. bestkan dpt raya...rindu kampung..huhu

    ReplyDelete
  2. Tat...wah sedapnya..favorite kak PC tu..

    ReplyDelete
  3. Hahahaha miza tak pernah buat kuih raya. Semua kakak dengan ibu. huhuhuu.. tapi laa ni beli je la tak danya nak buat XD kohkohkoh.

    ReplyDelete
  4. kita pun tak pernah buat kuih raya, tolog tengok ada lah.hehehe

    ReplyDelete