Preparation Wedding Sue & Sufi

by - 22:26:00

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamulaikum dan selamat malam.

Maaf terlebih dahulu sebab menghilangkan diri selama seminggu. Bukan sengaja tapi sebab busy. Hahahahaha. Heksaited untuk persediaan majlis perkahwinan. Siapa nikah? Jengggggg.

Anak menakan ayah, anak dia yang nikah. So agaknya apa pangkat aku? Mybe aku makcik sue eh? Watever lah as long as aku panggil dia kak syuhadah dan abang sufi. Lalalalala.

Cinta yang sebenar-benar cinta itu adalah cinta kerana Allah, cinta yang hendak bersama hingga ke syurgaNya. Apa apa yang membawa ke nerakaNya itu bukanlah cinta! 
Entry kali ni lebih berunsurkan gamba. Tak semua dapat aku uploadkan. Tak blogger la kalau tak amik gambar kan?! 
 

Pada 30 Mei dalam lingkungan pukul 9, kami semua melakukan pengisian sejenis kuih tradisional yang dikenali "Kacang Mazola" di dalam balang kaca yang tertera di atas. Selepas di isi, langkah kedua ialah membalutnya bersama kain nett. Bukan satu kerja yang mudah, ia memerlukan kesabaran yang tinggi. Bila sesuatu benda yang kita buat tu benda yang kita suka maka ia akan menjadi lebih cepat dan best! 

Maka inilah hasilnya yang telah kami siap lakukan. Simple tapi cantik dan kreatif kan. Mana tahu boleh bantu wedding korang nanti. Bertungkus lumus siapkan 60 balang untuk pihak lelaki. Kehkeh!


Balang yang kecik molek ni merupakan salah satu doorgift yang akan diberikan oleh para tetamu. Kandungan balang ini adalah agar agar kering dan ada setengah nya coklat cholair.
Hakikat cinta kekal abadi!

Mereka menggunakan khemah arabian yang mempunyai unsur peach dan cream sepertimana tema yang telah ditetapkan. Mereka juga menggunakan catering untuk penyediaan makanan dan sebagainya. 

Penggunaan fresh flower di setiap meja juga dapat menyerikan lagi majlis. Bunga yang dipilih ialah daisy yang mempunyai warna kuning lembut dan juga soft pink. Penggunaan balang yang terpakai seperti botol sos dapat dijadikan salah satu kreativiti yang dapat menarik perhatian orang! 


Pemotongan kek merupakan salah satu perkara yang selalu dilakukan. Kek ini ditempah khas dan dihantar ke rumah pada 6Jun 2015. Kek yang berlapis mempunyai pelbagai perisa. Sedap dan enak terutamanya red velvet! Faveret ever! Kehkeh! S&S stand for Sufi dan Syuhadah <3


Akhir sekali, mesti korang tertanya tanya mana pengantin ni, Tada aku sertakan juga. Cantik dan sama padan. Semoga perkahwinan kalian kekal ke jannah. Amin! Haipp, lepasni turn sapa pulak. Kehkehkeh!

Bye. Selamat malam.

Lots of love ecahh, 

You May Also Like

6 Comments

  1. seronoknya attend wedding! lagi2 bila sedara yang kahwin. mihmih. rasa macam wedding diri sendiri jeaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah kan best. Kita boleh feel juga even bukan kita sendiri. Pengalaman kot. Haha.

      Delete
  2. comelnya bunga dlm botol2 2... moga pengantin bebahagia till jannah.. amin

    ReplyDelete
  3. soft je theme color dia. cantik!

    ReplyDelete
  4. @Nurulee Ha kan soft warna. Nampak natural gitu hehehehe.

    ReplyDelete