Persiapan Menyambut Hari Raya sebagai Blogger

by - 12:25:00

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan salam kepada sahabat blogger sekalian. Syukur Alhamdulilah harini dah masuk 22Ramadhan 1435Hijrah,yakni tinggal beberapa hari lagi. Sempat lagikah tahun depan kita menyambut nya? Kita sudah berjuang membersihkan diri dengan berpuasa wajib di bulan ramadhan. Amalan yang baik sepanjang bulan ramadhan wajib diteruskan di sebelas bulan yang lain untuk menjadikan kita sentiasa dekat dengan Allah SWT. Syawal bakal menjelma tak lama lagi dan aku akui syawal kali ini tidak seperti dahulu. Allah dah rancang yang terbaik untuk kita! Jangan sedih!! La tahzan.. Innallaha maana..

Sebagai seorang blogger,apakah agaknya persiapan yang anda lakukan untuk menyambut hari raya? Jeng jeng jeng!!

Seperti biasa,hari raya peluang kita untuk berjumpa dengan ramai ahli keluarga yang sudah lama tak jumpa dari berbagai pelusuk negara. Soalan yang biasa di tanya kepada kita " Buat apa sekarang"," Amboi besaq dah anak dara ni", dan soalan yang terlekat di hati " Amboi besaq dari mak" Hahaha. Tak gituu? Kalau setakat nak jawab jadi doktor,jadi pegawai bank atau cikgu kat sekolah, itu jawapan biasa bagi anak saudara yang lain. Silap silap sepupu kita boleh tanya balik " Ko belajar mana sekarang"," ko blogger kan? Mesti kenal blogger ni bla bla bla " Hahahha. Yedok? Tak gituuu?

Jangan malu nak mengaku sebagai seorang blogger. Memanglah bila sepupu sepapat bertanya aku telopong mulut bila aku jawap aku seorang blogger. Soalan kedua,meraka akan tanya boleh hidup ke jadi blogger ni? Kalau boleh,nak bagi ja kad bisnis dan kalau ada sampul kat raya dan dicop dengan url blog. Mesti bertambah terlompong mulut mereka dan akan bertanya macam macam lagi. Agaknya macam jumpa alien. Hahhaha.

Pastikan Hari Raya tidak berlalu begitu saja kepada semua rakan blogger.Bak kata pepatah melayu,sambil menyalam minum air,barulah ada nilai komersial yang boleh membantu menjana motivasi untuk kita menulis dan terus menulis sehingga menjadi blogger yang di hormati.

Untuk menjadi blogger yang berjaya mesti sentiasa pandai mencari peluang dan menggunakan peluang sebaik baik. Tatatatatta! Selamat Hari Raya!!

Lots of love ecahh,

You May Also Like

3 Comments

  1. hehe blogger manusia biase jugak pon sbnrnye kan aisyah hehe

    ReplyDelete
  2. Ana pun tak jadikan karakter blogger sebagai kerjaya. Just menaip suke2. Suke aty la kita nak jd blogger berjaya ke ape. Jgn la kutuk karakter blogger ni kan. Kita pun manusia gak. Ade perasaan.

    ReplyDelete