Wednesday 19 March 2014

Kem PLKN Tasik Meranti,Wang Kelian,Perlis

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Andai patah sayap berganti,bukan niat di hati untuk berkata. Wahai kekasih ku sekalian,bukan mudah untuk kaki melangkah saat hati terpaut. Aku hilang tanpa kata. Tanpa arah noktah. Namun hatiku sinar dengan kehadiran mu teman. Sesungguhnya aku tak mampu untuk berpisah. Kita pernah merasa saat susah dan senang bersama tapi pada 17 Mac tarikh yang memisahkan kita yakni pada tarikh kelahiran ku sendiri. 

Disini bermulanya pertemuan yang abadi. Kehilangan amat terasa di hati.. Mungkin kan ini yang tertulis di tangan takdir,ku terima perpisahan ini. Dulu kita satu jiwa,satu impian,satu tekat,satu semangat,satu hasrat namun ianya hanya sementara. Hanyalah lagu yang menjadi ingatan. Hanya gambar sebagai kenangan. Andai masa itu kembali semula? 

Hurreeeey! Aku dah freedom. Aku dah bebas! Aku dah boleh balik! Boleh makan masakan mak! Hahhh ya aku akui aku rasa sangat gembira bila dapat balik. Tapi pernah ke kau tahu apa yang aku rasa? Yaa,kerinduan yang abadi kini telah tersimpul mati di dalam hati. Yelah,persahabatan yang telah kami bina selama tiga bulan ni susah untuk berpisah. Saat masam manis kena denda,kena kawad,wirajaya,perisai zaman dan semua tu tersemat di hati weh! Bukan senang nak lupa.

Hm. Tak tau nak cerita apa dah. Tak berupdate bulan dah lama,makanya otak saya beku. Besok kita gegarkan dengan result! Goodluck kebada ex spm candidates. All the best okeh!
Kita dah usaha,maka Allah akan bagi yang sepatutnya dengan usaha kita. Life must goon! Mungkin rezeki ada dimana sahaja. Ingat,USAHA! Tiada kejayaan semanis madu tanpa kesusahan sepahit hempedu! Muahkss!

Salam SPM ecahh, 

2 comments

19 March 2014 at 17:50

Salam ecah!!

patutlah dah lama xhapdet.. hehe.. insyaALLAH kita sama2 dapat keputusan cemerlang

24 February 2015 at 08:14

hai semua...rindu kem lah

Post a Comment