بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Assalamualaikum dan selamat malam,
Andai hidup boleh memilih mungkin aku tidak ingin bertemu dengan sang kecewa dan sang terluka. Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai yang akan menyertainya kan? Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan, mesti ramai yang akan tertarik padanya. Tapi hakikatnya perjuangan bukan begitu mudah, turun naik, sakit pedihnya umpama kemanisan yang tidak terhingga. Andai rebah bangkitlah semula, andai terluka, ingatlah janjinya.
Hadiah tak selalunya terbungkus dengan indah, terkadang Allah membungkusnya dengan masalah, tetapi di dalamnya ada hikmah dan barakah. Kehidupan adalah suatu perjuangan yang tidak pernah ada habisnya,sampai kelak pun akan ada saja masalah dan pelbagai cubaan hidup yang datang menghiasi warna kehidupan dan ianya akan melakarkan pelangi yang sangat indah.
Hidup ini benar benar menduga. Berjanjilah pada diri, kuatkan hati, tabahkan jiwa, katakan pada minda, jangan berputus asa. Hadapi hidup ini dengan tabah. Serahkan semuanya pada Allah.
Nota untuk diri : Cemerlangkan di pentas dunia untuk cemerlang di pentas akhirat.
Lots of love ecahh,
7 comments
Agreed ! kita perlu berjuang utk hidup dan perlu istiqamah.
deep nota utk diri tu. huhu :)
if we sleep on a bed full of roses, remember that the thorns would scratch us :) hidup takkan selalu indah, usually there's a blessing in disguise
Suka kata kata dekat note utl diri tuu
Setiap dugaan itu tanda kasih Pencipta...untuk menaikkan darjat kita di sisiNya...
The best ah !
very inspirational. kita tak boleh mengeluh bila berdepan dengan masalah.
bagus2 ni