بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Assalamualaikum
& Konnichiwa!
Melancong ke negara orang merupakan impian yang sangat
ternilai bagi seseorang termasuklah aku. Andai aku diberi peluang oleh http://www.traveloka.com.my/ aku
tidak akan melepaskan ia begitu saja. Aku akan memilih melancong ke Tokyo,
Jepun! Nak tau sebab aku memilih tempat tersebut sebagai destinasi pilihan atau
idaman? Jangan lupa baca sehingga habis. Sejauh mana kita melangkah, semakin
banyak yang kita akan jumpa dan belajar dalam hidup. Ayuh, kita melancong
dengan lancar dengan adanya traveloka.
Mencari Pengalaman
Apabila kita melawat ke negara orang, kita sudah tentu
akan melihat pelbagai corak kehidupan yang sememangnya kekadang sangat jauh
dengan budaya kita. Oleh itu, kita boleh belajar sesuatu dalam kehidupan, kita
boleh tengok budaya budaya yang diamalkan oleh mereka. Negara Jepun juga
merupakan negara yang sangat tinggi disiplin nya dan menepati masa.
Main Salji
Selain itu juga, bila kita sedia maklum bahawa, negara
yang ada 4 musim ni semestinya mempunyai salji termaksudlah negara jepun.
Memang teringin sangat nak main salji walaupun kita sedia maklum ianya sangat
sejuk. Bila dapat main salji, teringin nak buat “snow man” dan baling baling
salji antara satu sama lain. Indahkan suasana masa tu? Jadi, jika diberi
peluang dari traveloka,
saya takkan lepaskan peluang ini.
Disneyland Tokyo
Kita
sedia maklum bahawa Disneyland Tokyo ini merupakan tempat untuk bersuka ria.
Bila kita tension, kita boleh lah membawa diri ke sini. Aku yakin bila aku
dapat ke sini, dari pagi sampai ke petang bahkan malam pon kita takkan terasa.
Disneyland ni sangat besar dan pelbagai permainan turut disediakan.
Bunga Sakura
Bila
kita sebut sahaja bunga sakura, ianya akan mengingatkan kita pada negara jepun
yang kaya dengan bunga sakura. Bunga sakura ni berbunga mengikut musim tertentu
sahaja dan ianya hanya dapat dilihat selama seminggu sahaja. Selepas itu, ianya
akan mula luruh. Aku memang dah lama teringin nak pegang dan tengok secara
dekat bunga sakura. Benda paling utama, bila ke jepun, bunga sakura ni sangat
sinonim dengan negara jepun.
Baju Kimono
Kalau
diberi peluang untuk Jepun, memakai baju kimono merupakan benda wajib apatah lagi kimono ni ikon negara Jepun yang unik. Bila
kita tengok drama jepun, cantiknya bila pelakon memakai baju tersebut. Terasa
dekat diri ni nak mencuba sesuatu yang baru. Setahu aku, baju kimono ni sangat
mahal untuk disewa dan apatah lagi kalau membeli. Bila kita cuba untuk salami
budaya negara lain, ianya sangat unik selagi tidak bertentangan dengan agama.
Apabila
kita melancong, jangan lupa untuk mencuba sesuatu yang baru dalam hidup kita.
Hal ini demikian kerana, mencuba sesuatu tu sangat unik dan memberikan
pengelaman pada kita. Jadi, jika traveloka ataupun #MyTravelokaEscapade memberikan peluang untuk saya merasai
keunikkannya saya tidak akan melepaskan peluang untuk terbang ke negara impian
saya yang sangat kaya dengan budi bicaranya, disiplin yang tinggi iaitu Jepun!
Jangan
lupa untuk join contest yang sangat menarik ini! Mana tahu rezeki menyebelahi
kita. Tuah ayam Nampak dikaki, tuah manusia siapalah yang tahu.
Lots of love ecahh,
14 comments
teringin nak pergi jepun sebab negara tu tip top, tapi saya takleh join, study. huhu. :)
mcmn nak join ni??
oh my !!!! all the best dear !!! =D
@Pasir Yeah, setuju!
@Unni Anje Just click the link and just follow their step ;)
@Jun Zie Thankyou! Wish me luck and pray too! :D
I am going to japan this monday.
best. teringin sangat nak pergi jepun. nak try join laaah ^^
main salji bestnyaaaa kan? teringin gak hahaha
nak join jugakkk. hehe. bestnya ke luar negara..
Nanti saya share ni
Tengok gambar Aisyah nie rasa macam nak gi tokyo lak.. hehehe
bestnya..bila dapat g ni
wish u luck