بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Assalamualaikum dan selamat pagi,
Salam 1 Disember 2015 buat semua. Pecaya ke tak, kita semua dah berada di penghujung tahun. Bertapa cepatnya masa berlalu tanpa kita rasa. Terlalu cepat manusia menjadi dewasa, daripada bayi ke kanak-kanak, kemudian ke remaja, kemudian dewasa dan sebagainya.
Penghujung tahun ni merupakan bulan kebahagian bagi pelajar
sekolah. Yelah, masa ni semua rasa masa untuk bercuti, cuti tanpa buku, boleh
main, tidur lambat jadi burung hantu. Aku pernah rasa sebab tu aku boleh
menulis. Bulan kebahagian tanpa ada sebarang kerja sekolah! No more exam, no
more anything lah.
Tapi, bagi anak anak memang bahagia, tapi pandangan sesetengah ibu bapa
bulan 12 ni mereka terpaksa memikirkan untuk membeli barang barang persekolahan
anak. Barang sekarang bukan seringit dua, lagi lagi bila ada anak yang ramai
masih bersekolah. Lagi teruk kalau ibu bapa terpaksa membeli semua barang baru
mengikut kemahuan anak anak. Ibu bapa mana nak tengok anak dia bermasam muka,
maka mereka akan berusaha untuk mencari duit lebih untuk memberikan keselesaan
kepada anak anaknya. Bertapa besarnya jadi ibu bapa kita. Tidak mampu untuk
dibilang jasanya, memang terlalu infinity bak kata orang..
Selamat bercuti buat adik adik yang dah jadi lepasan spm bagi yang amik aliran sains tulen tu, dan selamat bercuti juga buat semua..Hargai cuti anda, dan jaga kesihatan semua..Cuti cuti juga, bagi yang mendudukan peperiksaan tahun depan, jangan melepaskan peluang keemasan yang ada untuk memulakan langkah baru...hohoho.
Lots of love ecahh,
7 comments
Cepat je masa berlalu kan? Sedar2 je dah December. Moga waktu kita sentiasa diberkati Allah. ;)
salam disember, semoga segala perancang berjalan lancar
semuanya ada penghujung...tiada yang kekal...
Dah msuk disember ecah..cepatkan..Allahu..
diam tak diam kan..semoga berkesempatan kita ke tahun 2016 pulak :)
Cepat sangat masa berlalu... Next year 19 yrs old.
nice entry..:) yan singgah sini ye :D