بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Assalamualaikum dan selamat petang,
Sebelum memulakan segalanya diri ini nak memohon maaf sebab dah terlalu lama tinggalkan alam blogging. Alhamdulilah dah selamat menamatkan final sem tiga pada 3 sehingga 5 november 2015. Selesai semua nya, semoga semuanya baik saja. Okeh, jom back to the topic!
Hidup tidak sunyi daripada berdepan dengan masalah, yang membezakannya adalah jenis masalah itu tidak sama antara seseorang dengan seseorang. Seseorang tu mungkin berdepan masalah besar menentukan hidup dan mati, manakala yang lain hanya sekadar sampingan tapi ianya juga dikenali sebagai ujian hidup. Apa jua keadaannya kan, kita perlu mencari jalan penyelesaiaan. Masalah tidak akan selesai jika hanya berdiam diri berpeluk tubuh. Kejayaan atau kegagalan bergantung sejauh mana usaha dilakukan.
Setiap perkaya yang diingini, yang diidamkan, setiap kemahuan, impian dan cita cita, diusahakan untuk mencapainya, tidak semuanya akan berhasil atau berjaya memperolehinya. Banyak yang menemui kegagalan. Bersabar dan terima dengan penuh redha dan rela kerana perancangan Allah itu lebih baik daripada apa yang kita rancang.
Yakinlah, tiada yang sia sia dan yakinlah bahawa itulah yang terbaik untuk kita. Cuma kita tidak mengetahui dan memahaminya. Jadi sebagai pelajar, selepas kita habis berperang untuk final sem atau apa apa, tak kira di mana kita berada, berbalik lah pada Tawakal, Doa. #pesananbuatdirisendiri.
Lots of love ecahh,
3 comments
Salam ecah !
Betul Allah tengok usaha kita bukan berjaya ke tak,
lepas berusaha barulah tawakal , InsyaAllah Allah tahu apa yang tebaik untuk kita
Allahu..moga Allah permudahkan semuanya..moga Allah terima setiap usaha.moga Allah dengar rintihan hamba..amin..
teruskan usaha dan jangan sesekali putus asa sehingga bertemu kejayaan