Saturday 19 April 2014

Salam Sayang Ukhuwah Fillah Abadan Abada

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum. Maafkan andai diri menyepi tatkala dunia sedang bergoncang seakan dapat mengegarkan kita yang sedang tidur. Ada masalah pada laptop menyebabkan aku sendiri malas untuk online dekat laptop seperti sedia kala. Tapi harini aku gagah kan diri untuk menaip. Kali ini bukan entry pasal Jepun lagi malah berkaitan dengan persahabatan yang kekal abadi. InsyaAllah jika di izinkan akan saya menaip lagi kisah kisah yang terpahat di negara orang tu!!

Ehem. Aku nak cakap aku sayang kawan kawan. Kawan kawan di tadika,pra sekolah,sekolah skdk,smkdjh, ex wira wirawati PLKN TM,perlis dan kawan kawan di alam maya ini. Ingat kata kata ni "Kita bertemu kerana Allah,berpisah kerana Allah" - mama

"Sesungguhnya seorang muslim itu,apabila dia berjalan jalan dakwah,dia tidak berjalan dengan hatinya sahaja. Bahkan di bawa bersama hati saudaranya. Justeru setiap pahala yang di dapati sepanjang perjalanannya pasti akan terbias buat saudara seperjuangannya"- Sheikh Mustafa Masyur

Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian. Wahai sahabat yang aku sayang lagi kasih,bunga itu menguntum indah,menyeri dan mekar memerah,di puji dengan berbagai bagai madah,esoknya bunga itu gugur juga ia ke tanah,serpih demi serpih ia rapuh,tanpa daun dan kelopaknya musnah.

Engkau bukan layu seperti bunga!! Aku bukan kumbang yang akan mengambil mmadunya. Ingatlah perjuangan kita bukan penghujungnya. Daerah kita bukan daerah cinta. Bukan masanya kita untuk memujuk kasih asmara.

Bumi kita bumi yang payah. Penuh peluh,airmata yang jatuh tanpa di pinta,dan mungkin juga dengan titisan darah. Semalam juga telah layu sekuntum bunga,telah gugur dari jambangannya,tetapi ia bukan perjuangan kita!! Bukanlah itu lambangnya,mulut telah kaku untuk bertanya,hati malu untuk memikirkannya,tidak seperti dahulunya. Kita  kuat berhujuah dan bersuara. Allah :'(

Senyumlah wahai sahabat,senyum dan serilah wajah mu. Walau pudar dan hambar yang datang tidak pernah berhenti. Pesanku belajar lah menjadi seorang mujahid dan mujahidah. Doaku agar kita berani seperti hamzah malah mempunyai semangat yang berkobar kobar seperti sumaiyah!!

" Ukhuwah fillah abadan abada till jannah" - Amin

Salam Rindu sahabatmu,
Ecahh.

1 comment

19 April 2014 at 23:56

sedehnyaaa.. ermm erm.. harap persahabatan ecah dgn rakan2 kekal hingga jannah =')

Post a Comment