Friday 6 September 2019

Hanya RM11.70 Di Maulana Cafe?!


Assalamualaikum dan selamat pagi!

Harini aku nak review satu cafe yang berada di Perlis dan aku sangat sangat recommended! Sebab apa? Sebabnya harga sangat sangat murah dan sesuai dengan portion makanan tersebut. Taste masakan pun boleh masuk dengan tekak dan sedap lah! So kepada rakyat jelata Perlis, korang boleh cuba. Aku jarang sangat nak review cafe cafe ni, tapi ni kira aku nak repeat lagi lah ke cafe ni.

 Koeyteow Sup | Nasi Ayam Paprik | Sagu Gula Melaka | Nasi  Gulai Udang

Ni first round aku dan kawan cuba ala ala kampung sikit. Harganya setiap mangkuk RM1.90 sahaja! Aku dah rasa 4 benda tu so far ok sangat ala ala mak kita masak gitu. Portion ni setanding dengan harga kan?! Mula tu ingat akan rasa besa besa ja tapi memang kena tekak. Total aku habis dekat round first ni RM3.80 (Sagu Gula Melaka & Nasi  Udang Gulai).

Burger Daing Grill Cheese | Burger Spicy Chicken | Roll Burger Cheese | Kepak Ayam Berempah

Second round haruslah kita cuba western food kan? Western kat Maulana Cafe ni RM6 ja weh! Murahkan tapi dapat portion macam ni. Pernah cuba portion macam ni tapi harga satu set dah berbelas kan?! Janji makan dan kenyang serta kena tekak. Total aku habis dekat round second round ni RM7.90 (Burger Spicy Chicken & Minuman).  

Image result for maulana cafe kangar
Sumber : Google 

Kedai Maulana dekat tepi Jalan ja dan ni antara view kedai. Dia ada tingkat, bawah tingkat 1 dan paling atas! Nak naik tu ok je takdak lah susah sangat, ok ja. Bagi yang tak mampu naik atas, Maulana Cafe turut sediakan meja di bawah. Sangat selesa dan bersesuaiaan dengan keadaan di sekeliling. 

Image result for maulana cafe kangar
 Sumber : Google 

Image result for maulana cafe kangar
Sumber : Google 

Masa pergi tu memang lupa nak amik gambar around Maulana Cafe so aku gigihkan diri sikit untuk google gambar secara random di google. So korang boleh bayangkan dan boleh cuba try di salah satu hipster cafe di Perlis. Ok jumpa di lain entry. 
Harga sangat baloi tapi kenyang gais. Murah kan?!
Lots of love ecahh,

2 comments

23 April 2020 at 00:11

time2 camni rindu nak p makan luar kan

27 April 2020 at 10:41

tahun depannak ikut kawan balik kampung dia,nak singgah sini...ehehe

Post a Comment