Thursday 14 January 2016

Makan Makan Di Hannah Cookies!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan selamat malam,

Beberapa harini aku asik busy ja sejak sejak adik start daftar KPTM untuk sem2 ni. Banyak benda nak urus sikit lagi lagi bila adik ni adik lelaki, lain dia tu memang lain, memang kena masuk campur untuk tolong handle. Sapa ada adik lelaki seusia tu mungkin faham hihih! 

Hannah Cookies merupakan sebuah restoren yang banyak menawarkan makanan western. Kedudukannya juga strategik dimana ianya terletak betul betul di tepi jalan, selepas D-Futsal batu 2. Kalau korang menggunakan jalan kangar --> padang besar sudah pasti akan nampak! Jom kita singgah dan rasa keistimewaannya. Hehehe! Sebenarnya, aku dan kawan saja jalan jalan cari makan, almaklumlah ni lah pertama kali aku mencuba! Yang pasti tak menyesal. Hihihi!
Di Hannah Cookies juga menyediakan kek kek yang nampak sangat enak! Maaf entry kalini banyak gambar. Hehehe.  
Ini pula bahagian yang sangat sangat unik. Di sini pekerja pekerja hannah cookies akan menyediakan minuman untuk pelanggan. Best ja nampak pekerja dok picit picit balang tu >.< Hahahha! 
Ni pula keadaan di kaunter pembayaran. Sangat unik, dan setiap menu baru akan diletakkan banner seperti di atas. So pelanggan akan tau makanan baru di Hannah Cookies!
Haa ni lah senarai makanan! Lau tengok memang terbeliak la sebab semua makanan nampak sedap woo! Harga juga berpatutan. Maaf tak amik gambar senarai makanan dan miuman yang disediakan. 
Apa eh aku makan tadi? Aku order, meatball large dan iced chocolate. Jom tengok gambar dekat bawah hihik! 
Haa ni laa chocolate ais dia. Sedap sebab rasa segar ja! 
Mesti korang berair kan tengok ni! Hahaha! Ni lah meatball large. Nak tengok apa kawan aku makan? 
Kawan aku pulak order, Chicken Grilled. Seriously, sos black paper dia memang terangkat! Sedap sedap tak sama macam aku buat haha! Rasa nikmat je bila cicah. Hihi! Kitorg order lain lain sebab nak rasa kan! Hihi
Ni pulak keadaan dalam Hannah Cookies. Kerusi, meja, kedudukan meja, jarak antara meja memang selesa untuk kita makan kan. Hannah Cookies juga menyediakan wifi yang sangat laju! Tak slow pon. Harga aku makan dan minum hanya Rm20, Bagi aku bebaloi laa kan sekali sekala kita nak makan! Hihihihihi.
Alamat: Jalan Kaki Bukit, 01000 Kangar, Perlis, Malaysia
Telefon : +604-9765790
Lots of love ecahh,  

7 comments

14 January 2016 at 23:25

Dekat mana nih kak ecah?? alamat? dia kafe ke?

15 January 2016 at 00:21

wahh mmg sedap sini,yan suka mkn rosemarry chicken apa tah mkanan wajib bila singgah sini XD..satu lagi yan nak ajk ecah p cuba sam cafe,nasi goreng bonda tiptop <3 atas shala pizza dpn the stre?taw?

15 January 2016 at 07:09

uuu, sedapnye... meat balls tuuu . :3

15 January 2016 at 10:04

@Miss Eila Dekat kaki bukit, dkt dengan d futsal batu2 tu hehe

15 January 2016 at 10:05

@Izyan Yan Cinnamon Sam cafe satu dan dua pon tak pergi lagi. comming soon! shala pizza dpn the store dah cuba byk kali dh heheh :D tq kak yan

15 January 2016 at 10:23

peh pehhhhh org dh la tgh puasa ganti ni!!!
hahahahaha nahhh im joking hehe <3
nak meatballs gak!!!!

15 January 2016 at 11:02

Wahhh nampak menarik, jauh nya hehe. Impian nak ada restoran atau cafe...bestnya kalau menjadi nyata

Post a Comment