Friday 8 February 2013

Sakit Itu Kafarah Dosa

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Orang kata, langit tak selalu cerah. Kadang-kadang ada mendung, kadang-kadang hujan turun dan gelap malam pasti ada. Macam tu juga bila kita diuji sakit, dan ingatan untuk kita bahawa hidup ini bukan hanya ada sihat dan kita tidak akan sepanjang masa sihat. Sakit itu peningkat darjat dan penghapus dosa-dosa kecil, itupun jika kita terima dengan redha dan berlapang dada. Kafarah Dosa.

Sebenarnya bila kita sakit Allah sayangkan kita. Allah sayangkan kita untuk menyembut namaNya:) Allah rindukan kita kan? Kadang kadang dalam perjalanan kehidupan ni yang pernuh dengan duri duri yang berliku,manusia sering jatuh sakit.Allah uji mereka dengan kesakitan. Tapi manusia tidak perasan. Allah sedang memberikan kepadaNya titik perhentian untuk bermuhasabah. Sejujurnya, sakit itu nikmat kerana gugurnya dosa dosa kecil:)

Jangan dicela marah benci dengan penyakit yang menimpa diri kita. Ambil penyakit itu sebagai peringatan. Sesungguhnya kita ni manusia yang lupa.


  • “Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” Surah Asy-Syura ayat 30.
  • Doakan semoga saya cepat sembuh dari demam! Dah seminggu berlanjutan. Huhu. Syukran kafarah dosa;)
Lots of love Ecahh,

5 comments

9 February 2013 at 00:14

syafakillah aisyhah :)

9 February 2013 at 00:28

perkongsian yg best :)

9 February 2013 at 03:37

Semoga cepat sembuh..

9 February 2013 at 10:54

Semoga cpt sembuh..Best la bce post blog awk.

9 February 2013 at 10:55

sabar yer.. moga cepat sembuh.. :)

Post a Comment