Friday 1 February 2013

Lemah ke kuat?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Setiap usaha yang dilakukan tapi tak dapat apa yang di inginkan,adalah satu ujian. Janganlah menganggap itu satu Musibah yang diberikan oleh Allah.

Bila aku sihat,itu merupakan nikmat dari Allah. Bila aku lapar, Allah yang bagi aku rezeki untuk makan. Bila aku rasa susah,hanya Allah yang boleh bantu permudahkan. Bila aku menangis,yang setia mendengar hanyalah Allah. Bila aku gembira,kegembiraan ku itu atas izin Allah juga. Bila aku sedih,hanyalah Allah yang boleh menghilangkan kesedihan itu. Tiada daya dan kekuatan melainkan dari Allah.

Apa yang kita perlukan sekarang ialah redha dari Allah. Siapa yang diredhai oleh Allah, In Shaa Allah ganjarannya syurga. So usahalah untuk mendapat redha dariNya.

Baiki diri dulu sebeum nak menilai kesalahan orang lain. Jangan hanya pandai cakap tentang orang lain sedangkan diri sendiri pun belum betul # TakeANote.
Ubahlah dari sesuatu yang beruk kepada sesuatu yang baik. Kalau semalam ada buat salah,hari ini cubalah jangan diulangi salah itu lagi dan cubalah perbaiki diri untuk jadi lebih baik. Kalau kita jahat,janganlah selamanya kita biarkan diri kita jadi jahat. Cubalah perbaiki diri kita. Allah Maha Pengampun:) //SHORT ENTRY//
Lots of love Ecahh,

3 comments

betul tu . semuanya datang daripada Allah :)

1 February 2013 at 18:53

berubah dan mengubah perlu seiring supaya orang lain tidak memandang sinis kepada kita..lakukan segalanya kerana Allah moga mendapat petunjuk dariNYA..adalah lebih mudah bercakap dan menuding jari berbanding berubah dan menasihati diri sendiri..

2 February 2013 at 15:08

Semua benda yang kita miliki juga kepunyaan Allah .. :)

Post a Comment