Friday 8 May 2020

Tak menyesal beli weh!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Kisah ni bermula apabila nampak kawan sekolah rendah ada buat iklan tentang Bread Pudding Custard!! Actually dah lama teringin sebelum dia buat untuk bisnes. Sebelum-sebelum ni selalu tengok story dia dan dia sangat rajin buat bread pudding custard ni. Nak mintak resepi segan sehingga lah semalam Aisyhah order dengan dia dek kerana malas nak masak kudapan manis-manis habuan berbuka puasa.


First impression memang teruja sangat sebab ni kali pertama Aisyhah nak rasa apa itu bread pudding custard. Nampak senang tapi kalau buat sendiri mesti termanis lah apa lah. So kita cuba dulu, nanti kalau rajin boleh buat sendiri pulak kan? Hehehe! Harga bread pudding custard sebesar ni RM7 jaa. Murah kan? Tapi dia punya bahan banyak sangat-sangat. Setiap layer roti tu ada ja kismis, badam dengan kuaci hijau tu. Memang orang kata tak kedekut bahan lah!! Mak ayah pun suka sangat sebab kurang manis dan tak jadikan bread pudding custard ni muak. Tak muak. Berbuka saja dah habis tauu sebekas!! Hahahahaha.

So ni lah kejadian dia bila kita tranfer atas pinggan. Terbukti kan ada bahan setiap layer? Dia punya custard pulak lemak lemak camtu. Memang banjir jaa bread pudding tu dengan custard! Hahahaha.
Yang pernah makan, macam mana? Korang suka tak? Aisyhah dah fall in love ok!

13 comments

Anonymous
8 May 2020 at 13:29

saya tak pernah lagi makan bread pudding custard ni, teringin gak :D

8 May 2020 at 13:32

niceeee... hehehe

8 May 2020 at 13:39

Saya pon first time makan. Memang terus rasa boleh repeat lagi.

8 May 2020 at 13:39

Heheh kan. Boleh try lg nanti

8 May 2020 at 15:48

Sedap nampak ni...nt kaklong letak chah dalam bloglist jugak k

8 May 2020 at 18:12

uwaaaa nampak sedap. ni kalau dekat dengan kita boleh dah nak order. murah pun murah

8 May 2020 at 18:39

Yup murah sgt. Baloi lagi dari buat. Sb banyak2 time puasa tak abis kan hehe.

8 May 2020 at 22:23

Nampak sedap
Selamat berbuka puasa

9 May 2020 at 09:19

omg... terliur lah tengok.
Bread pudding is one of my favourite dessert nak buat tu memang malas lah cerita dia kan?
sabar tqa.. sabar..

22 May 2020 at 01:11

Saya pernah buat hehe. Haritu banyak sangat roti dah nak expired so saya saja lah buat tapi letak choc chip hehe

22 May 2020 at 21:31

Sedap. Memang kena dengan tekak.

22 May 2020 at 21:32

Haah jadi malas nak buat tu beli haritu hehe. 1st makan pon sedap dah.

22 May 2020 at 21:32

Betul. Roti cepat expired so boleh buat puding ni hehe. Dari buang boleh buat puding. Heheh.

Post a Comment