Resepi donut lembut dan gebu yang sedap!

by - 12:08:00

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Harini nak kongsi satu resepi donut yang lembut dan gebu bila di makan. Selalu Aisyhah buat akan dapat 30 biji untuk 1 adunan. So, Aisyhah akan buat frozen yakni bila nak makan baru goreng bagi garing dan salut dengan gula mahupun buat filling coklat.

Bahan-bahan diperlukan:
1 Paket yis
6 Sudu besar gula
3 Sudu besar susu pekat
1 Cawan air suam
1 Biji telur
2 Sudu Majerin *Cairkan
3 Cawan Tepung

Cara-cara mengikut Bahan:

BAHAN A :
Korang campurkan yis, gula, susu dan air suam dalam 1 bekas yang agak besar. Aisyhah pakai mangkuk kaca je. Selepas korang campur tu, korang ketepikan selama 15 minit. Nanti yis tu akan kembang dengan 2x atau 3x ganda ya. Korang hati-hati jangan sampai yis tu mati, kalau mati, dia takkan kembang tau, nanti susah doh korang nak mengembang dan lembut. 

BAHAN B:
Korang panaskan majerin then masukkan dalam 1 bekas. Pecahkan telur tersebut. Korang kacau sehingga sebati antara majerin dan telur. Ketepikan.

BAHAN C : 
Bila bahan A dah 15 minit dan korang nampak dah mengembang 2x ganda, korang campurkan bahan B ke bahan A.

Selapastu itu, sediakan BAHAN D:
Korang sediakan 3 cawan tepung di dalam 1 bekas besar ye. Sebab kita akan campur kesemua bahan tadi. Korang campurkan bahan C ke dalam bahan D ye. Pastu uli uli sampai sekata. Adunan ni memang lembut dan bila dah kembang dia akan sticky ya. Bila dah sebati korang biar sekejap dalam 45 minit sehingga 1 jam ya.

Bila dah mengembang 2x ganda, korang boleh mula buat adunan jadi kecik kecik comel tu. Pastikan tangan ada tepung gandum dan bekas yang nak letak donut tu ada tepung ye. Korang tebarkan tepung gandum di luar untuk elak melekat - lekat ye. Macam gambar bawah ni ye, yang ni dah siap buat kecik-kecik. 

Dah siap buat kecik-kecik, korang panaskan minyak. Sambil-sambil tu pastikan jari telunjuk korang diletakkan sedikit minyak untuk kita buat bulat di tengah ye. Aisyhah memang tak tekap pun, buat sendiri ja lubang tengah tu. Hehehehe! Masukkan doh ni apabila minyak dah panas, api sederhana. Aisyhah pusing-pusing doh dalam kuali tu pakai chopstik ye. Korang kena fokus bila atas api sebab senang ja nak hangus. HAHAHAHA! Salutkan dengan gula dan siap!!!!
Untuk frozen, Aisyhah akan goreng sekejap je bagi ada bentuk tanpa garing ye. Nanti nak makan panas-panas boleh goreng semula bagi garing. Hehehehe. 

You May Also Like

12 Comments

  1. Replies
    1. Kann feeling betoi makan panas-panas. Plus lembuk lagi. Hehehe!

      Delete
  2. gebunya donut tu :D kita tak pernah buat donut lagii

    ReplyDelete
  3. Sedapnya..gebu donutnya. samala kita kalau buat donut tak guna acuan. suka tunggu lama sikit biar naik gebu lagi.

    ReplyDelete
  4. bestnyaa pandai buat kuih..
    kalo saya pandai makan jaaa hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe saya selalu google lepastu saya try buat. Mula mula buat donut tak jadi hehe

      Delete
  5. Sedapnyaaa. Dah lama pulak rasa tak makan donut. Last makan 2 minggu lepas, tetiba mengidam hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh buat frozen. Nak makan boleh goreng makan panas panas hehe

      Delete