Main masak masak dengan kuih cara!

by - 01:52:00

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan selamat malam,

Eh sekarang dah pukul 1.37 pagi tapi aku gigih lagi menaip entry. Hehehe. Masa ni lah baru feel nak menulis entry even entry ni dah didraft kan dua hari lepas. Dua hari lepas, aku dengan kak decide nak buat kuih cara. Sebab sebenarnya malas nak beli kuih dekat bazar ramadhan sebab terpaksa nak menempuh jem yang padat tu, memang bukan kitorang lah nak menunggu jem tu.


Tapi nak buat kuih cara takdak acuan. Jadi kitorang bedal je acuan tokoyoki tu. Acuan tu baru beli tapi tak sempat lagi buat tokoyoki tu tapi dah rasmi untuk buat kuih cara. Acuan nya bulat dan seakan kuih cara tetapi takdak bunga acuan. Kalau kuih cara dia ada garisan kan kalau acuan ni dia bulat ja sebab memang bukan acuannya kan. Tapi takpelah, bedal je lah labu janji sedap dan ada  bentuk kan!

Kalau korang tanya resepi kan, resepi pon aku tengok internet tau. Tapi resepi ni kan kitorang hentam je sukatan janji jadi. Gambar atas tu santan yang diperah bersama daun pandan tau. Korang tahu tak, nak buat kuih cara ni aku gigih menumbuk daun pandan tau. Al maklumlah mesin nak kisar tu rosak disebabkan aku jugak hehehe. Takpelah mak dah dapat mesin pengisar baru harini heheheh

Inilah hasil mentah yang dah siap bersama tepung, garam, santan, air daun pandan, garam, telur. Pastikan adunan tu cair tau, kalau pekat nanti korang punya kuih cara jadi keras. Hehehhe! Bila gula nak masuk? Gula masuk bila dah adunan dalam acuan. Korang tabur sesuka hati atas adunan tu je okay ;)
Oh yaa sebelum terlupa, setiap kali nak letak adunan baru, korang kena pastikan ada minyak sikit tau. Aku just ceraikan daun pandan bagi kecik lepastu ikan. Lepastu aku percikkan minyak hanya menggunakan ceraian daun pandan. Sebab apa daun pandan? Sebab nak bagi senang dan mengeluarkan wangian pandan yang sedap tu! Aku suka bau pandan tau. Adunan ni aku tak masukkan pewarna pon sebab aku tak suka pewarna dalam masakkan. Guna je daun pandan untuk semula jadi dan sihat untuk badan kan? :D

Inilah wajahnya bila dah letak semuanya dalam acuan. Maaflah first try buat tercomot banyak pulak hehehe. Tak kisah lah janji dah habis masuk perut kan hohoho! Bak kata orang jangan judges luaran, rasa isinya yang sedap tu, ecewahh hahaha!

Korang masak guna api perlahan tau sebab nak bagi masak tepung yang dalam tu. Jangan leka tau kalau tak binasa badan. Aku pon ada terleka sekejap dan rupanya tak dapat diselamatkan. Hehehe!

Moga adanya entry ni korang boleh lah buat kuih cara sendiri! Buat sendiri kita boleh belajar lepastu rasa best ja memasak ni hehehe! Okay goodnight. Jangan lupa sahur jap lagi.

Lots of love ecahh,  

You May Also Like

3 Comments

  1. wah bestnya.. teringin jgk nk buat tapi xde acuan dia... huhuhu best klu dpt buat klu beli seringgit berape jer.. akak suka cara berlauk... sedappp... hehehe

    ReplyDelete
  2. wahh..senang nya cara nak buat kuih ni..

    ReplyDelete