Saturday 14 May 2016

Review Food : Samyang Spicy Ramen Korea!


Assalamualaikum dan selamat malam,

Makan samyang spicy ramen korea ni merupakan percubaan kali pertama! Perasaan teruja tu jangan kata memang membuak-buak haha! Lagi lagi bila tengok challeging makan ramen ni dekat instagram. Jadi aku bertekat untuk beli online tapi sayangnya yang online ada terlalu mahal dan ada juga kena preorder. Biasalah bila tahap teringin tu tahap maximum nak je cepat kan makan. Nak jadi cerita jugak, kawan aku ada jual ha dan harga pon berpatutan. Sepeket besar tu  RM35 siap postage. Bila aku fikir balik kalau beli sebungkus besar tu sapa nak makan lagi, tak pasal bertahun baru habis kan. Jadi aku decide amik dua bungkus kecik sahaja yang berharga RM15. 


Ha ni lah bentuk paket nya. Agak menarik dan yang paling pentingkan ada logo halal! Hot chicken flavor ramen tau! Memang sedap je makan tapi biasalah pedas tu kan baru namanya ramen. Tak korea la kalau tak pedas, punchline aku bila ayah kata pedas gila haha!


Korang mesti tertanya kan apa bahan dia untuk digaul? Tadaaa ada dua paket, satu tu macam cili yang kedua tu macam ala ala rempah sikit lah, but i dont know lah. Nanti ada gambar, tengok taw! Hahahaha.
Okay, korang amik ramen tu dan rebus tau sampai lembut. Rebus sampai dia lembut lah kan macam meggi biasa tu. Dah siap tu korang sejatkan guna penapis tau dan make sure kering lah jangan banjir dah. Lembab lembab tu dah kira okay lah kan. Aku buat kan, masa keringkan guna penapis tu aku bilas sekali lagi dengan air paip untuk hilangkan kanji kanji dia yang melekit tu hehehe. 
Tadaa! Ni lah step seterusnya dimana korang letak rencah atas ramen tu.  Wah wah nampak sedap kan dan nampak merah merah kan, memang piaww laa merah dia hahah! Nampak pedas dah disitu, jangan takut untuk mencuba. Ramen ni memang sedap bagi aku cuma pedas ja kan.


Dah siap untuk di makan! Wah wah memang terangkat betul pedasnya. Tapi pedas ni cepat je hilang dan ianya tak berkekalan. Bagi yang suka makan pedas macam aku ni, you all should try this tau! Memang terbaik dan aku akan repeat makan lagi lepasni. Hehehehhe! Jangan lupa cuba okay? Hehehe!
Yang lawaknya, aku siap mimpi makan ramen lagi. Hahaha!
Lots of love ecahh,

18 comments

14 May 2016 at 22:20

Haha , thanks sbb beli . Good review .kikiki . Klau nk mudah krangkan pdas tu dgn cepat mnum susu atau mkn roti keping2 tu . Tahniah sbb brjya hbiskan .

14 May 2016 at 22:23

@Fatin Najihah Ye betul la tu atin haha!

14 May 2016 at 23:16

acane leh mimpi tu? haha maknanya mcm kena makan lagi kot

15 May 2016 at 00:13

Tidak!! Lama dah mengidam nak makan ni. Hahaha

15 May 2016 at 00:42

spicy sgt ke? :o
nak coba jugaa X3

15 May 2016 at 01:11

wahh, teringin nak makan. tapi BV taktahan pedas T^T
makan maggi kari pun dah berapa kali minum air XD

15 May 2016 at 02:08

semalam baru sy try, best!!!! hehe Sy yg takmakan pedas ni pun dah macam mengidam terlebih sebab walaupun pedas, tapi still sedap. XD

15 May 2016 at 07:50

lama dah teringin nak beli nak merasa, lagi saye mmg kuat pedas. nak cari je susah cket. hihi

15 May 2016 at 12:45

akak makan 4 dari 5 bungkus, kena dengan taste hahaha

tapi tak beli lagilah mahal betei samyang ni

15 May 2016 at 13:53

Hm macam sedap je, tapi payahlah nak jumpa. teringin nak rasa.

15 May 2016 at 14:18

ahahaha, nampak mcm sedap. nak kene try nie sbb jenis makan pedas :D

15 May 2016 at 15:56

rupa dia macam megi

15 May 2016 at 17:41

waah sedap la tu :3

15 May 2016 at 17:53

dah lama teringin nak makan ni walaupun tak tahan pedas tapi nak juga cuba sebab nampak sedap. hihi.

15 May 2016 at 17:55

elsa dah makan dua bowl harinie. hebat tak hebat tak hakhakhak. menangis laa makan benda nie tapi sedap!

15 May 2016 at 23:31

sedapnyaaa megiii..banyak jugak nampak orang post ttg megi ni..tp blm ada peluang nak cuba lagi..

16 May 2016 at 08:00

Jie dh dua kali dh try ramen ni. bkn pedas ni, berapiiii tau tak. hahaha. tp kejap je lah. hehe

16 May 2016 at 13:44

arghh terliur ahh T.T nak makan lagiiii tapi rege dia boleh nangis T.T

Post a Comment