Assalamualaikum dan selamat malam,
Makan samyang spicy ramen korea ni merupakan percubaan kali pertama! Perasaan teruja tu jangan kata memang membuak-buak haha! Lagi lagi bila tengok challeging makan ramen ni dekat instagram. Jadi aku bertekat untuk beli online tapi sayangnya yang online ada terlalu mahal dan ada juga kena preorder. Biasalah bila tahap teringin tu tahap maximum nak je cepat kan makan. Nak jadi cerita jugak, kawan aku ada jual ha dan harga pon berpatutan. Sepeket besar tu RM35 siap postage. Bila aku fikir balik kalau beli sebungkus besar tu sapa nak makan lagi, tak pasal bertahun baru habis kan. Jadi aku decide amik dua bungkus kecik sahaja yang berharga RM15.
Ha ni lah bentuk paket nya. Agak menarik dan yang paling pentingkan ada logo halal! Hot chicken flavor ramen tau! Memang sedap je makan tapi biasalah pedas tu kan baru namanya ramen. Tak korea la kalau tak pedas, punchline aku bila ayah kata pedas gila haha!
Dah siap untuk di makan! Wah wah memang terangkat betul pedasnya. Tapi pedas ni cepat je hilang dan ianya tak berkekalan. Bagi yang suka makan pedas macam aku ni, you all should try this tau! Memang terbaik dan aku akan repeat makan lagi lepasni. Hehehehhe! Jangan lupa cuba okay? Hehehe!
Yang lawaknya, aku siap mimpi makan ramen lagi. Hahaha!Lots of love ecahh,
18 comments
Haha , thanks sbb beli . Good review .kikiki . Klau nk mudah krangkan pdas tu dgn cepat mnum susu atau mkn roti keping2 tu . Tahniah sbb brjya hbiskan .
@Fatin Najihah Ye betul la tu atin haha!
acane leh mimpi tu? haha maknanya mcm kena makan lagi kot
Tidak!! Lama dah mengidam nak makan ni. Hahaha
spicy sgt ke? :o
nak coba jugaa X3
wahh, teringin nak makan. tapi BV taktahan pedas T^T
makan maggi kari pun dah berapa kali minum air XD
semalam baru sy try, best!!!! hehe Sy yg takmakan pedas ni pun dah macam mengidam terlebih sebab walaupun pedas, tapi still sedap. XD
lama dah teringin nak beli nak merasa, lagi saye mmg kuat pedas. nak cari je susah cket. hihi
akak makan 4 dari 5 bungkus, kena dengan taste hahaha
tapi tak beli lagilah mahal betei samyang ni
Hm macam sedap je, tapi payahlah nak jumpa. teringin nak rasa.
ahahaha, nampak mcm sedap. nak kene try nie sbb jenis makan pedas :D
rupa dia macam megi
waah sedap la tu :3
dah lama teringin nak makan ni walaupun tak tahan pedas tapi nak juga cuba sebab nampak sedap. hihi.
elsa dah makan dua bowl harinie. hebat tak hebat tak hakhakhak. menangis laa makan benda nie tapi sedap!
sedapnyaaa megiii..banyak jugak nampak orang post ttg megi ni..tp blm ada peluang nak cuba lagi..
Jie dh dua kali dh try ramen ni. bkn pedas ni, berapiiii tau tak. hahaha. tp kejap je lah. hehe
arghh terliur ahh T.T nak makan lagiiii tapi rege dia boleh nangis T.T