Saturday 7 May 2016

RESEPI : Chicken Nugget Homemade!


Assalamualaikum dan selamat malam,

Tertiba harini terajin lagi diri nak buat nugget homemade sendiri. Eh bukan tertiba, hal ini terjadi disebabkan petang tadi aku dan akak keluar untuk beli fries dekat kedai. Eh kedai pulak tutup! Kecewa jugak nak makan time sejuk sejuk ni kedai lak tutup. Masa perjalanan nak balik tu, kak kata jom buat nuget sendiri! Ahh, aku apa lagi, okeh je lah, bahan bahan lak macam ada ja dekat rumah, so perancangan telah berjalan pada pkl 8.30 malam tadi. Okay, jom tengok bahan bahan yang aku guna, sangat simple okay!

Bahan- bahan :
  • Bahagian A
- Daging Ayam
- Garam
- Serbuk Lada Hitam
- Serbuk Roti atau breadcrumbs
  • Bahagian B
- Telur Sebiji
- Tepung Gandum
- Breadcrumbs ( untuk salut lapisan luar)

Cara - cara :

BAHAGIAN A
  • Kisar ayam menggunakan pengisar. Aku guna pengisar yang  cili tu je, haha! Kisar sampai halus tau, kalau ada sesikit ketul ayam tu takpa. Banyak mana ayam? Ayam tu aku suka hati ja kisar, kalau nak banyak buat banayk lau nak sikit letak ayam sikit je. Nak bagi kisar senang kan, letak ayam banyak sikit senang dia putar...Jangan letak air tau, nanti lembik hihih. Ni gambar contoh ayam aku kisarkan tadi.
  • Lepastu, korang taburkan serbuk lada hitam atas ayam yang dikisar kan tu, aku suka letak lada bebanyak sebab nak bagi rasa spicy sikit gitu. Lepastu letakk lah serbuk garam sesukup rasa, jangan terlalu masin atau tak rasa apa, orang kata rasa sedap sedap gitu. Lepastu aku taburkan serbuk roti juga sikit, saja nak bagi cantik ada bintik bintik serbuk roti kan.
  • Dah siap gaul kan? Korang boleh bentukkan nugget korang tu. Aku nak simple so aku bulatkan aja, kalau nak love korang boleh tetapkan guna acuan macam kuih raya tu.
BAHAGIAN B
  • Korang dah buat bentukkan? Lepastu korang golekkan nugget tadi atas tepung gandum.
  • Dah siap golekkan di atas tepung gandum? Korang celup nugget tu dalam telur,
  • Dah celup kan? Korang golekkan sekali di atas serbuk roti tu sehingga sebati.
  • Apa lagi? Masukkan dalam bekas, dan boleh frozen kan dan goreng. Buat bebanyak nanti nak makan goreng ja. Senang kan? Lepasni boleh buat sendiri! 
Selamat mencuba..Moga anda faham eh. Heheheh! Okay pasni boleh buat sendiri kan. Senang jaa! Uyohhh! Byebye..Goodluck..



Maaf jarang updated sekarang ni, busy sikit dengan persiapan interview isnin ni..Wish me luck ok dan doakan ecah berjaya interview di USM nanti dekat Penang :D 
Lots of love ecahh,

5 comments

8 May 2016 at 01:02

wahhhh cahhh menjadikk laaa! mcm nuget kedai pulak tengok.. cam sedap jee....

8 May 2016 at 01:08

Senang je rupanyaaa nak buat. Ingtkan dusah. Nampal sedap jee , ecah buat :D

8 May 2016 at 01:21

Syabas...terbaiklah..

10 May 2016 at 09:47

sedap dan simple je sebenarnya..

Anonymous
10 May 2016 at 16:25

Sedapnya nugget tu kak echa ㅠㅠ nanti raizah nak buat hehe thanks share resepi^^

Post a Comment