Friday 27 May 2016

Doodle lagi.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan selamat petang,


Haritu aku ada doodle lagi tapi doodle main main untuk lembutkan tangan. Zappp!Sekali terpikir nak buat doodle ada ala ala cegu sikit untuk next entry. Maka jadi lah doodle macam atas, tapi tahu tak molek mana kan. Hahahah! Bak kata blogger lain, mencuba itu lebih baik dan lama lama mesti cantik kan. I trust their word. Sebab apa? Macam codding blog jugak, kita belajar lama kan then nanti mesti boleh design sendiri.

Actually aku ada apply dalam UPU kos pendidikan di UKM dan UPSI. Tak letak harapan pun sebab pointer pon ciput ja dan saingan dalam bidang pendidikan ni memang tinggi kan. Bak kata kawan aku, kalau dapat cikgu ni kira bonus lah kan. Aku pon memang tak letak harapan tapi kalau boleh okay gak jadi Cikgu Aisyhah. Eh kan dah berangan.

Dari kecik aku memang nak sangat jadi cikgu. Yang aku tau cita cita yang pames dulu masa darjah darjah gitu mesti nak jadi cikgu, polis, enginer, arkitek dan lain lain. Al maklumlah pemikiran masa tu kan masih sikit lagi so apa ada depan mata tu lah kita nak jadi kan. 

Alhamdulilah haritu aku dapat Ujian Medsi untuk pendidikan. Ujian medsi ni ujian berkomputer untuk kos pendidikan. Ujian medsi ni tak jamin apa lagi macam interview jugalah. Cuma kalau kita buat terbaik kita tau bahawa kaki kita selangkah lagi nak masuk universiti tersebut kan. Actually aku pon minat bisnes. Omg kan dah bercelaru apa yang minat. Takpe insyaAllah perancangan Allah tu lebih baik. Dalam hidup kita tak boleh nak memilih sangat sebab kita taktau jalan cerita kita akan datang kan..

Lots of love ecahh, 

6 comments

27 May 2016 at 19:06

Moga tercapai impian cah nak jadi cikgu. Nanti sambil jd cikgu pun boleh bisnes :D

27 May 2016 at 21:34

Comel ^^

Anonymous
28 May 2016 at 16:20

dulu pun pernah bercita-cita nak jadi guru tapi, sekarang tak nampak apa satu. haha. semoga cita-cita anda tercapai :)

29 May 2016 at 13:34

InshaAllah moga tercapai :) comelnya doodle tu...apa khabar ecah?

29 May 2016 at 17:52

wah comelnya dudel, jeles <3

30 May 2016 at 14:55

gooodluck awakkkkkkkkk <3
inshaallah! :D

Post a Comment