Sunday 17 April 2016

Musim mempelam dah tiba..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan selamat malam,

Apa itu mempelam? Pelam ni kalau orang peghelih sebut, makna lain adalah Mangga. Mangga Harum Manis merupakan buah tempatan yang mendapat sambutan yang tinggi daripada semua masyarakat. Pegh, sekarang jangan cakap lah memang harga Harum Manis ni mahal gila, bak kata orang sayang nak makan kalau sekilo pon boleh mencecah dalam harga RM40. 

Pos laju sekarang pon mesti dah busy, sebab aktiviti post mengepos ni giat dijalankan. Nak order je boleh post dah sekarang. Terlalu maju teknologi sekarang. Order dan sampai. Kat perlis juga bukan setakat ada pelam harum manis, malah ada juga adik nya yang lain antaranya adalah pelam sala, pelam susu, pelam apple dan terlalu banyak sehinggakan aku sendiri tak dapat nak kenal. Hahaha!

Kebanyakkan kedai makan, restoren dan hotel menjadikan menu makan pulut dengan harum manis ni sebagai menu utama. Mesti pelik kan? Tapi tu lah hakikatnya, aktiviti turun menurun untuk makan pulut dengan mempelam ni dan kalau tak rasa tu memang rugi. Datanglah perlis boleh cuba benda baru, kan? Sapa penah cuba tu tau la nikmatnya kan.

*Maaf sumber dari google*

Buah mangga ni juga boleh kita buat pelbagai versi makanan. Boleh je kita nak buat jus mangga dan aku penah buat puding mangga. Asal rajin ja semua boleh buat kan kan. Kalau mangga yang muda tu kita boleh buat jeruk dan cicah dengan garam belacan. Pegh menusuk kalbu la bila makan petang petang dan kita mencicah reramai. Nikmat terhingga laa. Okay, setakat ni aku share. Nanti aku update lagi. Jangan lupa makan pelam! Hohohoh!

Lots of love ecahh,

7 comments

17 April 2016 at 21:18

Harum maniiis lamanya tak makan~~

17 April 2016 at 21:26

adoii sedapnyaaa gambar tu. *jilat skrin* hahaha

17 April 2016 at 22:28

salam , akak pernah suruh kawan beli harum manis untuk bawak balik tgan , sampai ganu tak manis pon, kecewa dan dah tak excited dah nak beli even uitm ada juai

17 April 2016 at 23:03

nampak sedapnya,,tak pernah try makan harum manis tuu

18 April 2016 at 13:18

wuii.. meleleh air liur tengok.. alahaii.. belh perlis ada la nihh.. nak pi perlis nnti pi beli

18 April 2016 at 16:19

huiiii kemahin cha buat orang terliur ni. Dah lerr pelam tu favorite food orang, hehe

18 April 2016 at 18:08

tengok pun dah terliur. walaupun saya duk kat kedah, tak pernah lagi rasa harum manis ni

Post a Comment