Tuesday 26 April 2016

Alhamdulilah, Rezeki.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan selamat malam,

Perasaan nak digambarkan tu aku sendiri taktau macam mana, tapi aku bersyukur sangat. Perasaan ni tak tau nak cakap, macam tak percaya tapi tulah hakikatnya. Walaupun ianya hanya sekadar interview dan ianya takkan menjamin apa apa, tapi ni merupakan hadiah yang sangat berharga. Alhamdulilah, semalam 25 april merupakan tarikh hebahan temuduga untuk program ijazah muda sepenuh masa bagi Universiti Sains Malaysia.

Perasaan nak temu duga tu memang lah tak senang, sebab ini lah yang kali pertamanya. InsyaAllah aku akan start kaji bagaimana temuduga dan kaji sikit tentang kos ni. Macam mana hadapi interview eh? Share lah sikit okay, ecah akan amiknya sebagai tips. Dan doakan juga ecah lulus temuduga ni tau. Kadang rasa diri ni tak layak sebab pointer pon cukup makan dan tak sehebat yang lain. Seramai 3000 calon hanya yang dipilih lebih kurang 50 orang calon. Semakin rasa tipis dirini. Tapi senior pernah kata, "Pointer bukan ukuran, rezeki masing masing".


Okay cerita kedua yang bahagia, aku dah cash out duit nuffnang. Memang tak banyak mana tapi alhamdulilah bersyukur sebab hasil titik peluh blogging ni membuah hasil. 30 hari dari sekarang dapat merasalah duit blogging sendiri kan, tapi akan ku simpan untuk masa depan kelak. Nak masuk universiti pon mahal sekarang. Kesian mak ayah so meh kita menabung sesama okay! 
Ucapan terima kasih kepada blogger yang rajin ke belog ecah, yang dah masuk belog ecah dan sesiapa yang pernah jejak di blog ni. Terima kasih semua! Jom support each other gais!
Doakan ecah dapat lulus interview nanti, tak lama dah. Masa akan berlalu dengan cepat nanti. Goodluck juga kepada blogger yang dpt interview tu. Kalau sama boleh jumpa nanti! Hehehe!
Lots of love ecahh, 

11 comments

Anonymous
26 April 2016 at 21:52

All the best for the iv (Y)

26 April 2016 at 23:19

all the best chaaa =)

26 April 2016 at 23:27

Salam ecah! Moga dipermudahkan segala urusan ;)

26 April 2016 at 23:45

tahniah ecah! semoga lulus iv tu nanti. good luck! :)

27 April 2016 at 00:00

Tahniah and goodluck! :)

27 April 2016 at 00:21

Alhamdulillah... good luck...

27 April 2016 at 01:43

All the best ecah untuk interview. :),

27 April 2016 at 10:47

tahniah

27 April 2016 at 18:21

Alhamdulillah moga Allah terus permudahkan urusan ecah ya...

27 April 2016 at 20:12

Alhamdulillah, tahniah kak ecah.
semoga Allah mudahkn urusan kak ecah. :)

27 April 2016 at 22:10

tahniah cahhh

Post a Comment