Thursday 21 April 2016

Ajarkan anak dari kecil sayangkan matematik?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan selamat petang,

Petang ni aku nak share sikit tentang berkaitan dengan subjek matematik. Bukan apa, aku rasa nak berkongsi pandangan lah dengan pembaca sekalian. Pada pendapat aku lah matematik ni merupakan subjek yang paling penting dalam kehidupan seharian kita. Pecaya atau tak, matematik sering digunakan di mana sahaja kita pergi.
Bayangkan, semasa aliran perdana di sekolah subjek matematik merupakan subjek yang wajib diambil untuk menduduki peperiksaan. Stpm pula? Kalau aliran sastera macam aku ni memang takda matematik tapi kalau aliran sains, matematik tu wajib. Aliran sastera juga menggunakan penggiraan dalam ekonomi dan perniagaan. See? Nampak pentingnya untuk kita kuasai matematik ni sebenarnya.. Bila melangkah ke universiti, subjek matematik pon ada bagi setengah bidang tapi kebanyakkannya ada kan?

Bagi aku matematik ni tak susah selagi kita faham konsep nya dan matematik ni sebenarnya kalau kita faham konsep, bagi lah beribu nombor kita akan dapat selesaikannya kan? Tapi kalau bab membaca ni, kalau kita salah konsep, isi huraian tetap salah. Jadi buang tanggapan bahawa matematik ni susah. Tapi setiap orang mesti ada pendirian sendiri kan?
Math may not teach us how to add love or subtract hate but it gives us hope that every problem has a solution.
Semasa aku form 3, aku ingat lagi cikgu pernah kata " Kalau kita suka matematik, sejarah kita takkan suka" dan " kalau kita suka sejarah, matematik kita tak suka". Sehingga sekarang aku masih pegangkan kata katanya dan suka tanya pada sengsorang tu mengenai subjek math dan sejarah. Ternyata kata yang dikatakan oleh cikgu masa tu adalah benar. Aku sendiri tak sukakan sejarah dan aku tak suka untuk menghafal dan memahami konsep itu lebih senang daripada fakta. 

Didiklah anak dari kecil untuk sayangkan matematik dan jangan abaikan matapelajaran lain. Matematik ni senang selagi kita berfikiran positif dan jangan lupa berusaha yang penting! Belajar secara seimbang nescaya kejayaan menunggu kita di hadapan kelak! Goodluck, nota buat diri sendiri.

Lots of love ecahh,

8 comments

21 April 2016 at 18:21

salam ecah , akak adalah salah seorang manusia yang tak suka math, tapi betul kata ecah kita faham memang best .

Akak pernah sayangkan pengiraan tapi tak adalah minat sangat. ^^

22 April 2016 at 01:55

yeap! setuju. eyja suka maths tak suka sejarah. sejarah je mesti C je hahaha. sronok minat maths :)

22 April 2016 at 11:30

Dulu umie tak suka math dan sejarah.. paling benci laa.. Tapi bila dah ambik engineering ni terpaksa la suka math tu walaupun math tu susah tahap gaban..haihh (suka terpaksa sebenarnya)

23 April 2016 at 05:21

Menarik! saya minat sejarah. huhuu

23 April 2016 at 09:24

masa sekolah paling lemauuuuu maths :( nnt ada anak mmg nak didik elok2 suruh suka math.

Anonymous
23 April 2016 at 13:24

Kak ecah, raizah memang suka matematik. Tak sangka ayat cikgu akak tu betul sebab raizah memang anti dengan sejarah ><

23 April 2016 at 18:13

lebih suka kalau anak2 seimbang dunia akhirat..:) dan paling penting adasemua kemahiran utk hidup so, walau pon cabaran besar, dgn kemahiran sampingan dimiliki, survival dapat diteruskan..

23 April 2016 at 18:14

lebih suka kalau anak2 dilengkapi ilmu dunia & akhiran dan kemahiran hidup agar dapat teruskan survival utk hidup di masa dpn yg mencabar

Post a Comment