Wednesday 20 April 2016

4 Cara untuk percaya kembali setelah dikhianati?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Assalamualaikum dan selamat petang,

Okay semalam ecah ada update tentang bila kita kena khianat kan. So harini nak share cara kita nak percaya kembali walaupun kita tau susah nak letak harapan 100% kembali tapi at least kita belajar kan.
  • Bagi ruang pada diri untuk bertenang
Belajarlah untuk mencintai diri kita sendiri dahulu. Berilah diri kita ni masa untuk bertenang dan meredakan perasaan setelah kita melalui fasa yang memeritkan dalam hati. Tak semua orang mampu untuk recover balik luka tu dengan cepat kan. Ianya memerlukan proses yang mengambil masa dan memerlukan banyak usaha untuk melupakan kejadian lalu. Kita akan banyak kali jatuh, sebak dan murang sebelum betul betul dapat melepaskan kesedihan yang tengah bersarang di hati tu kan. Kuatkan diri dengan alunan zikir dan solat. Jadikanlah Al-Quran sebagai peneman hidup.
  • Berhenti mencari jawapan
Kita mungkin tak tau pasaipa seseorang itu mengkhianati kita tetapi untuk move on kita harus sedar yang semua terjadi itu tiada kaitan dengan diri kita, bukan atas sebab kekurangan kita. Manusia membuat keputusan berdasarkan apa yang mereka fikir dan apa yang mereka rasa. Ini adalah sesuatu perkara yang paling tak boleh dikawal dan dijangka serta ianya juga sesuatu benda yang anda boleh rancangkan.
Jadi, cara terbaik untuk melupakan kesakitan dimasa yang lalu adalah membuka hati kita kepada masa hadapan yang sedang menunggu.
  • Masa hadapan adalah berbeza dengan masa lalu
Masa hadapan kita tak akan sama dengan sejazah yang telah berlalu tu. Walaupun kita pernah terluka dan dikhianati pada masa lalu, tidak semestinya kita akan dilukai kembali pada masa akan datang. Ianya ibarat membawa batu di dalam beg kita sepanjang perjalanan kita, kita terus mengutip dan mengutip lagi banyak batu. Pasti berat kan?

Tapi bagaimana jika ada seseorang yang datang, dan menolong kita untuk mengosongkan batu batu itu dari beg kita, pasti kita akan rasa hilang beban dan dapat meneruskan perjalan?  Begitu jugalah dengan kehidupan, kadang kala kita memerlukan bantuan orang lain untuk mencipta kehidupan baru. Sebab separuh daripada masa hidup ini selalu dibazirkan oleh dua perkara, kalau tidak kerana silap memilih kerja, kita silap dalam memilih orang untuk dipercayai.
  • Terbuka dan berterus terang
Setelah memberi peluang kat orang lain yang pernah mengkhianati kita, jangan takut untuk bersikap terbuka dan berterus terang tentang apa yang kita rasa. Bagitau apa yang kita harapkan padanya. Hal ini akan membuat seseorang tu lebih memahami perasaan kita dan pada masa yang sama menjadi peringatan kepadanya supaya tak akan cuba lagi untuk mengkhianati atau melukakan hati kita lagi.
Jika kita rasa dalam persahabatan semula itu menuju ke arah yang betul, teruskan meluangkan masa dengan kawan itu senormal yang mungkin. Cepat atau lambat, insyaAllah anda akan rapat semula dengannya seperti dulu.
Tepuk dada tanya iman. Perit mana pon kita lalui, kita kena terima hakikat. Sebab apa? Sebab semuanya merupakan proses kehidupan yang mana ada kalanya manis, masam, pahit..

Lots of love ecahh,

3 comments

20 April 2016 at 13:23

Syahdududu

20 April 2016 at 14:10

Thanks for sharing dear. Sakit bila diri dikhianat kan. Tapi mungkin apa yang berlaku ada hikmah disebalik kejadian. Mungkin juga Allah hendak menegur kita atas perbuatan yang kita lalui. Peringatan untuk diri ini juga. :)

20 April 2016 at 15:16

Terdiam kejap.. perasanan dikhianati ni memang sakit.. Lagi2 dengan orang yang kita sangat rapat dan lepas kenal beberapa tahun..Kawan yang kenal kita luar dalam boleh cerita aib kita pula pada orang lain.. Tapi ini mungkin ujian hidup kita sebagai manusia.. Apa2 pun, kita kena tetap bangkit dan pandang ke hadapan tanpa toleh ke belakang.. eh dah lari tajuk ke??hehe

Post a Comment