Sunday 28 February 2016

Dua minggu di IBI Seremban

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan selamat petang,

Dah lebih kurang dua minggu kan aku menghilangkan diri tanpa khabar berita di dunia blog ni. Sesiapa yang friend di facebook, wechat, instagram mungkin tau sebab aku selalu update di sana, nak update di blog memang tak kuat data nya ha. Nak guna wifi cafe pon hidup segan mati takmau ja. Nak gi cybercafe masa lak tak berapa nak cukup. Ini lah real of life as student even baru dua minggu. Fuhh.

Mesti kan tertanya ke mana aku sambung belajar. Soalan yang familiar di tanya bila aku update aku di seremban. Actually aku bukan sambung belajar yang dimaksudkan oleh beberapa orang tu. Aku hanya dapat tawaran untuk sertai insentif bahasa inggeris (IBI) di seremban 2 ni haa. 

Dekat sini semua nya kita belajar bahasa inggeris, al maklumlah bahasa inggeris pon tak sehebat mana, tak salah kan kita join untuk improvekan english lagi lagi siap dapat elaun tau. Thank you abah <3 Who is abah? Abah ni merupakan orang kuat, tunjang utama program ni. Program ni macam keluarga, ada abah, ayah, miss juss, bro hanif, dan lain lain.

InsyaAllah kursus ni akan tamat pada 8 April. Berbaki beberapa hari je lagi. Lepasni boleh la fokus dekat tempahan blog balik. Sebab semenjak di seremban, beberapa customer dah contact nak tempah blog, watermark, header dan lain lain. Ecah terpaksa menolak sebab kekangan masa dan memang tak bawa laptop ke sana. Heheh, InsyaAllah nanti ecah buka tempahan blog kembali ye.

Nak tau apa yang menarik? Nantikan pulak entry akan datang, jeng jeng. Doakan ecah okay ja dekat sini tau, Byebye. Take care dan maaf sebab lama dah menghilang diri. Hihihi.

Lots of love ecahh, 

6 comments

29 February 2016 at 01:40

Owh..dekat dgn tmpt tinggal akak..hehe..
Alpha College upernya..bestkan dapat intake insentif bahasa inggeris (IBI) ni..lect semua baik2..

29 February 2016 at 18:34

sy dah join IBI intake julai tahun lepas haha sebelum masuk UMS,, tp x hbis sebab dah dapat tawaran kan.. tp mmg best!! rugi tak join

29 February 2016 at 20:36

knapaaaaa awk menghilang why whywhy ok dah terjawab hihihihi pls update moooore xx

1 March 2016 at 09:13

gud luck

1 March 2016 at 16:09

Hush lama nya kursus. Btw good luck awak. :) In Shaa Allah suatu saat awak akan pandai juga English. Chaiyok ! ♥

7 March 2016 at 17:07

wahhh bestnye, gdluck yee :D

Post a Comment