Suka Main Masak Masak!

by - 21:31:00

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan selamat malam,

Harini aku terjumpa gambar gambar makanan yang aku masak dalam folder dalam laptop. Tak sangka pulak aku ni suka amik gambar makanan yang aku dah masak. Tapi masak tu jadi ke idok tu belakang kira, orang kata usaha tu mau kan. Dah boleh kot nikah hahah? Lau cik nyais baca kena ligan papoii sebab belajar pon tak habis lagi T-T

Gambar gambar ni merupakan sebahagian gambar himpunan dalam laptop ni. Bak kata orang, ini lah masa nak trobek sesikit dalam blog. Hahahha!


Kalau mak mentua nengok aku masak nasi ni pon failed, nak ke dia bagi aku jadi menantu dia. Kekekek! Eh ni nasi hujan panas tau, tapi nasi ni patah patah mungkin sebab aku kucai banyak kali kot hahahah! Lepastu, warna dia tu terlalu over mungkin aku terlebih pewarna. Sedih sedih niat nak jamu orang makan terbatal. Hahaha!

Nasi ni sebenarnya dimasak dua hari sebelum Raya Aidilfitri tahun lepas. Ni lah first time buat dan belajar pon melalu encik google. Memang takdak sapa berpengalaman. Akhirnya failed T_T Tapi takpa, at least kita belajar buat kan. Belajar dari kesilapan gitu. Nasi ni makan dengan apa eh. Jom scroll lagi ^_^


Weh ayam pon aku google! Bak kata orang nak buat ayam lain sikit dari ayam yang selalu mak buat tu. Bila google kita tengok macam menarik, yang aku ingat aku ada beli susu. Padahal, mak dok buat selalu tak guna susu pon. Tak ingat ayam masak rose ke apa haha! Dalam ni letak kacang pea hijau yang tin tu kot, aku tumis semua la haha. Ayam menjadi la dari nasi tu. Tu la alkisah aku nak buat makan makan raya akhirnya tak menjadi, dan senang cerita mak ubah menu untuk masak laksa pulak.

Ni pulak spageti kabonara yang aku gegila teringin haritu. Masa ni first time juga buat dan masa ni letak sosej ja dan perencah yang lain lain tu. Yang kali kedua buat tu tak ingat aku letak mana gambar, yang tu lagi sedap sebab aku tambah meatball lagi. Aku taktau sebab apa aku gilakan sangat kabonara ni dari spageti yang merah tu. 


Ha ni pulak Puding Karemel kalau tak silap. Masa ni aku tak ingat faktor apa aku buat. Tapi aku berjaya pengaruh kak aku yang masa tu masih di Jepun. Dia pon teringin dan dia buat. Tapi dia buat lagi cute la sebab acuan dia comel, aku ni acuan empat segi tu. So kena potong potong la kan. Eh, yang pasti masuk perut.

Tu jaa gambar yang aku boleh sharekan untuk kali ni. Mana tau kot korang pon teringin nak masak kan! Hahahaha! Aku suka masak bila bahan bahan nak masak tu siap ada dekat kabinet rumah. Betul tak? Hihihihihi.

Lots of love ecah,

You May Also Like

10 Comments

  1. Nasi hujan panas rupanya, ingatkan ABC tadi hehee :))))

    ReplyDelete
  2. @AINA ZAIRULNIZAM Hahaha! Ni comment paling win! Abc pon boleh >.<

    ReplyDelete
  3. Karamel tuuu nampak sedap gileeeeee ... naaaak :D

    *kucai loghat peghelih .. hehehe *

    ReplyDelete
  4. Salam ecah sep! kita gang suka karbonara tu lebih dari bolongnese!

    ReplyDelete
  5. nasi hujan panas tu..huhu..lama dah nak masak tp tak masak2..

    ReplyDelete
  6. rajinnya main msak2 sedap tu semuanya.

    ReplyDelete
  7. bagusnya rajin masak2...kita ni tunggu seruan mood masak..lau xde tak berasap...

    ReplyDelete
  8. Maigadd puding karamel tu menyelerakan ;)

    ReplyDelete